Sunday, August 1, 2021

Diuji Prolong Jaundice

 Pengalaman Pertama lalui Prolong Jaundice (Jaundis @ kuning berpanjangan lebih 14 hari)

Sebelum ini tiha hanya tahu jaundis@kuning berlaku pada bayi baru lahir sahaja dan tempohnya sekejap berdasarkan pengalaman anak pertama hanya seminggu.

Namun anak kedua ini kami berdepan pengalaman kali pertama jaundis masih ada sehingga sebulan..

Kesian jugak pada baby... dua minggu pertama hampir setiap hari kami berulang alik ke klinik (Klinik Kesihatan Padang Luas) untuk diambil darah pada tumit kaki baby bagi dapatkan bacaan semasa jaundis.

Pada 18 Julai kali pertama baby diambil darah di tangan...paginya seperti biasa ambil darah pada tumit..waktu ambil darah di tangan baby menangis sampai suara pun tak keluar kerana terkejut (dia tidur) dan sakit diambil darah.

Pada awalnya tiha boleh tahan lagi air mata tapi bila tengok keadaannya yang menahan sakit..naluri keibuan tetap tersentuh hingga air mata mengalir jua akhirnya.

Difahamkan ujian darah itu untuk saringan fungsi hati.

Sepatutnya seminggu lepas itu kami perlu lakukan semula ujian darah tetapi kami sekeluarga diuji..suami tiha terpaksa kuarantin kendiri selepas menjadi kontex rapat kes positif covid 19 di tempat kerjanya. Namun syukur dia disahkan negatif.

Sehari sebelum ke klinik genap sebulan baby..kami pergi ke klinik swasta untuk dapatkan bacaan terkini kuning baby namun masih mencecah 120..turun sedikit dari minggu lalu..

#bersambung

 


Klinik Perubatan Hijraa

Hari ke 30

Berat 4.6 kilogram

Bacaan jaundis 120


Hari ke 16 baru lepas ambik darah di kaki dan tangan







Hari keenam...banyak kali jugak la naik kerusi roda g cek baby kuning. Nasib baik suami cuti..

Pelbagai petua dicuba mandi air daun inai, daun pandan, mandian Herba (ubat cina), sapu getah pokok batang wali di kaki Tak berapa menjadi..

Namun rezeki baby masuk dua minggu memang fully bf..minggu pertama saja dalam beberapa hari susu campur2 susu tepung sebab susu ummi kurang namun berkat usaha, jaga makan, pam susu..susu kembali meriah..

Thursday, July 29, 2021

Raya Aidiladha berempat

 Sambutan Raya Aidiladha tahun ni kali pertama kami sambut berempat...🥰

Seakan mengimbas semula memori enam tahun lalu...anak sulung pun lahir kebetulan hampir dengan raya Aidiladha..

Raya Aidiladha tahun ni..adik baby berumur 18 hari masih dalam pantang...ambik syarat jer pakai baju Raya Aidiladha buat kenangan..

Baju Raya adik baby pun sebenarnya milik abang long tak sempat pakai masa cukur kepala dulu..order online tak sampai masa hari majlis..jadinya adik tolong rasmi🥰

Adik baby umur 20 hari berat naik satu kilogram dari 3.4 kg ke 4.4 kg✔️



Hari ni 30 Julai 2021 bersamaan Hari Jumaat hari ke 28 adik baby cukur kepala..Hari sama macam abang long..

Lebih manis hari ni jatuh pada hari lahir tok ma😍❤️











Kelahiran Hero Kedua..Baby Julai ❤️


Alhamdulillah rezeki dari Allah atas kelahiran putera kedua dalam family kecil kami❤️

Kelahiran kali kedua juga dipermudahkan Allah..Alhamdulillah❤️

👶Jumaat 02/07/2021

(39 minggu kandungan..awal seminggu dari tarikh jangka)

👶Jam 3.40 pagi

👶Berat 3.44 Kg

👶Panjang 50 cm

👶Lilitan kepala 33 cm

👶Normal

👶Hospital Besut, Terengganu

Kronologi sebelum bersalin

Malam Jumaat

Beberapa jam sebelum ke hospital secara tetiba anak soleh Saif Al fateh banyak kali bagitahu nak tidur rumah nenek padahal jarang sangat nak bermalam sana. Abahnya pun g hantar (dia macam tau ummi nak bersalin malam tu)

Balik dari hantar anak di rumah nenek...kami berdua sempat solat insyak berjemaah n baca Yasin sama-sama kebetulan malam Jumaat.

Jam 12.10 pagi

-Tetiba terasa turun air ketuban cecepat bagitahu suami dan kami terus ke Hospital Besut

-Sampai sana buat swab test dan bukaan jalan baru 2 cm...

-dalam jam 2 pagi masuk ke wad bersalin belum rasa sakit..

-bila baring kejap terasa sikit2..mula2 20 minit sekali ...Makin kerap..Masa tu xsenang duduk asyik ulang alik ke tandas..makin lama  kerap..last2 kuar lendir dan darah, kemudian darah memang kemuncak sakit..pergi tandas pun xpkai selipar dah..

-mujur rakan sebelah katil panggilan nurse dan ummi ditolak dengan kerusi roda ke dewan bersalin Hospital Besut.

-Alhamdulillah dengan izin Allah bukaan jalan da 8 cm ..walaupun peringkat awal ada cabaran untuk meneran tepat 3.40 pagi lahirlah seorang khalifah ke dunia❤️

-Disebabkan lama meneran baby keluar tak menangis dan cecepat staf hospital bertindak untuk pastikan bayi menangis...

-Dalam jam 4 pagi lebih dah boleh pegang baby terkejut tengok baby putih bak kapas,gebu🤲😍

Dalam jam 8 pagi lebih dah boleh balik ke wad dengan baby...

Rezeki musim PKP disebabkan ibu dan anak tak da masalah dalam jam 10 pagi lebih dah boleh keluar wad tapi kami keluar kira-kira jam 11.30 pagi❤️

Ummi doa semua yang sambut adik baby semuanya staf perempuan✔️

Ummi doa rezeki sakit bersalin sekejap dan dipermudahkan✔️

Ummi doa duk sekejap je di hospital✔️

Ummi doa rezeki bersalin Hari Jumaat✔️

Ummi doakan adik baby sihat, selamat bersalin✔️

Rezeki adik baby semua kos bersalin percuma kebetulan bermula Julai 2021 kerajaan negeri tanggung kos ibu bersalin di hospital kerajaan...

Alhamdulillah semua Allah makbulkan

Murah betul rezeki adik baby

👶👶👶👶👶

Jumaat 30 Julai 2021 Hari lahir tok ma ke 63

-Jumaat kelima untuk adik baby ❤️


















Friday, June 4, 2021

Alhamdulillah Baby PKP 2021😍

 Assalamualaikum....

Setahun sekali update status di blog😅 "rajin" betul nak menulis....

Sejak dunia dilanda Virus Covid-19 terutamanya Malaysia sejak Mac 2020 sampai sekarang Jun 2021 kes turun naik...tahun ni paling ketara jumlah kes setiap hari empat angka..semalam pun 7,000 lebih...

Tahun lepas paling tinggi pun ratusan kes saja sehari...

Disebabkan itu rakyat terpaksa hidup dalam normal baharu, bekerja dari rumah, anak terpaksa cuti sekolah dalam tempoh panjang, kelas online...

Moga CEPAT-CEPAT Covid ni lenyap dari muka bumi..Aaminnn🤲

Lupakan sekejap masalah negara....sis nak berkongsi khabar gembira😍 Alhamdulillah Oktober 2020 dapat tahu berita gembira akan bertambah ahli keluarga tahun 2021❤️

Syukur sekarang kandungan sis dah masuk 35 minggu..tinggal beberapa minggu lagi nak jumpa dengan buah hati tercinta peneman bang long anak soleh selepas bertahun menanti🥰

Ni kandungan sis yang ketiga...anak yang sulung anak syurga Muhammad meninggal waktu sis keguguran pada usianya 2 bulan setengah...Al Fatihah

Anak yang kedua anak soleh Muhamad Saif Al Fateh dah enam tahun umurnya..Alhamdulillah❤️

In Shaa Allah yang ketiga ni juga lelaki boleh jadi teman pada hero bujang sis tu nanti main bola🤭

Ikut perancangan berpantang nanti di rumah sendiri.

Pengalaman mengandung kali ini sedikit penat usia awal kehamilan, alahan mabuk cuma beberapa minggu pertama yang pasti selera makan tetap ON sentiasa😅 jenuh nak kurus balik lepas ni...

Jom layan sedikit gambar sis n family buat kenangan ke depan hari...❤️



















Alhamdulillah sempat jugak berbabymoon secara tak sengaja di Hotel Permai, Batu Buruk, Kuala Terengganu sebelum puasa Ramadan🥰

Kesnya hadiri satu majlis malam malam media di Hotel Primula, Batu Buruk, Kuala Terengganu..

In Shaa Allah nanti sis akan kerap berkongsi pengalaman bersalin dan berpantang baby baru😘

Moga Allah pelihara anak yang dikandung ini, selamat, sihat, cergas, anak soleh dan dipermudahkan urusan bersalin nanti..Aaminnn❤️

Hari ini 5 Jun 2021 jangkaan bersalin 7 Julai 2021...

Opss 10 Jun 2021 nanti hari lahir suami sis🤭🍓