Sunday, October 11, 2015

Mudah bersalin, nikmat terindah..

Alhamdulilah,
Allahuakhbar,
Subahanallah..

#sis tempek pengalaman bersalin ni kat sini supaya bila hero cilik membesar dia tau bagaimana ummi dan babah dia bersama2 berjuang untuk melahirkannya.


Fateh di alam rahim


28/8/2015

-Petang hari sempat luangkan masa dengan babah dan keluarga mak su (siti) dan anak2 dia Syifa serta Aryan ke Pantai Gong Balai.

-Babah suruh ummi jalan byk2 sebab Fateh xmo kuar lagi dari perut ummi. Ikutkan tarikh dijangka bersalin adalah 24/8/2015. Ummi dan babah ambk cuti awal tapi xsangka Fateh suka duk dlm perut xmo kuar lagi time tu. Jadinya sepanjang tempoh tu kami berehat la puas2 kat rumah Nyang.
                          sempat lagi berposing..

40 minggu a.k.a 10 bulan

Bersama mak su dgn familynya Syifa n Aryan.

-Ummi xlarat nak jalan jauh2, babah 'paksa' jgk ummi jalan, pimpin tangan ummi, jalan sama2 atas pasir pantai sambil gelak2 sambil duk pujuk Fateh kuar cepat2.

-Sebelum balik sempat jgk beli roti arab dengan roti canai sebelah Masjid Gong Balai. Paling xdisangka2 Nyang plk yang suka sangat Roti Arab.

30/8/2015


-Tarikh keramat ummi kena menyerah diri ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.
-Awal pagi sempat basuh baju. Sambil tu perut lapar sempat makan nasi dulu siap2.
-Dalam berkira2 nak ke hospital dah mula turun tanda. Dalam hati yakin baby Fateh akan kuar hari ini. Tapi ummi duk berharap jgk kuar lewat sari sempat sambut Hari Kemerdekaan.

-Akhirnya sekitar jam 10 pagi..ummi dan babah berangkat ke hospital menaiki keta Myvi nasib bukan ambulans.
-Sampai2 sana parking xda babah terpaksa parking di tepi pantai Batu Buruk. Kemudian kami berjalan menuju wad bersalin.
-Di kaunter pendaftaran selesaikan segala urusan, cek jalan bukaan baru 2 cm....mula2 doktor nak masukkan ubat bentuk pil untuk paksa baby kuar tapi disebabkan baby dah berak dalam perut doktor tukar plan dan masukkan ubat bentuk air.
-Masuk dalam wad sekitar jam 2 petang..babah sempat jumpa ummi di wad.
-Ketika di wad cek jalan sekali lagi dengan doktor. Bimbang sebarang risiko boleh berlaku pada baby doktor arahkan ummi ditolak terus ke dewan bersalin.
-Sempat jugak makan tiga biji kurma dan minum sikit air zam2.

Dalam dewan bersalin
-Misi pelawa untuk panggil babah masuk temankan ummi.
-syukur sangat doa ummi supaya babah sempat temankan ummi sepanjang berjuang lahirkan Fateh dimakbulkan.
-Sebelum misi masukkan ubat..dia sempat pelawa untuk ambik ubat tahan sakit.dua kali pelawa baru ummi ambik bagi relex sikit berdepan konstraksi yang makin kerap.
-sakit bersalin buatkan badan ummi mengigil, mulut xberhenti berzikir, tangan genggam erat tangan babah sambil mata mengalirkan air mata menahan kesakitan.. Ummi sempat guna gas oksigen untuk redakan sikit rasa sakit.
-ubat mula dimasukkan tepat 4 petang dan dos ditambah berperingkat. Makin kerap dos, makin kerap konstraksi, kesakitan berganda.
-Nurse jangka ummi akan bersalin sekitar jam 7 malam.
-Namun kuasa Allah dan berkat doa suami....sepanjang menempuh kesakitan babah sempat tinggalkan ummi seketika untuk bersolat dan berdoa sepenuh hati supaya Allah mudahkan ummi cepat bersalin.
-Sewaktu sendirian melawan kesakitan, sorang nurse bertugas sempat urutkan pinggang ummi untuk legakan sikit rasa sakit.
-Sekitar jam 5 petang lebih sudah tiba masa ummi berjuang lahirkan Fateh..dalam keadaan mamai bercampur2 penat lawan kesakitan, ummi dikelilingi doktor dan misi,sesekali terdengar suara babah...masing2 minta ummi teran kuat2 konsisten supaya Fateh cepat2 keluar.
-Alhamdulillah tepat jam 5.49 petang terasa seperti kupu2 terbang bila Fateh keluar dari perut ummi diikuti dengan tali pusat.
-Tapi ummi kurang bernasib baik sikit apabila tiba2 uri lekat dan doktor terpaksa 'seluk' untuk keluarkan uri. Sepanjang proses berlangsung ummi xsedar kerana dibius. Sebaik tersedar rasa perit dan pedih kerana doktor masih belum selesai proses jahit..tiap kali jarum mencucuk badan tiap kali tu rasa pedih teramat.

-Selesai bersalin ummi ditahan sementara di dewan bersalin..waktu itu Fateh menangis kelaparan, misi ambil Fateh letakkan di sisi ummi..walaupun belum lihat wajah Fateh sepenuhnya ummi cekalkan hati menyusu badan walau madih kekok.

-Malam kira2 jam 11 lebih ummi dan Fateh ditolak ke dalam wad. Sewaktu dalam lif nurse sempat bagitau siaplah ummi..pukul 12 malam pun mata fateh bolat lagi..hihii..




Saturday, October 3, 2015

Majlis baby Fateh 3 dalam 1

 Majlis cukur jambul, tahnik dan akikah.

Syukur sangat Allah mudahkan rancangan sis dan asben untuk adakan majlis khas untuk fateh pada hari raya kedua Aidiladha, 25 September 2015, Jumaat iaitu hari ke 27 berpantang.

Semuanya berlaku secara spontan namun berkat pertolongan keluarga, rakan dan jiran majlis berjalan seperti dirancang. Kalau arapkan sis sorang memang xjalan la lagi2 tengah pantang.


Majlis cukur jambul, tahnik dan akikah.


Kenangan ketika majlis.



Baju melayu terlebih saiz.hihii..baju yg diorder xsampai terpaksa cari ganti last minit.



Alhamdulillah lengkaplah sudah family kecik sis :)


Ni sesi membotakkan kepala sehari selepas cukur jambul.


Hai macho x sayer :p


Waktu ke klinik cukup sebulan..berat 4.5 kg


On da way balik rumah Nyang.






Anugerah Ilahi..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setelah berhari2 hasrat nak berkongsi berita gembira tertangguh...arini gagahkan jugak diri ketuk cerita masa baby tengah lena ni. Kebetulan minggu ni last berpantang lepas tu merdeka :)

Syukur Ya Allah sis telah selamat melahirkan seorang hero yang sangat comel pada 30 Ogos 2015 tepat jam 5.49 petang di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu . Besday sis plk 5 Ogos 1985.

Putera kecik yang lahir dengan berat 3.22 kg ini diberi nama Muhamad Saif Al Fateh bermaksud 'pedang pertama'.

Sesuai dengan maksudnya sis harap buah hati sis ni akan jadi anak yang soleh , berani tegakkan kebenaran, pejuang Islam dan jadi abang long yang boleh melindungi ummi, bakal adik2, lindungi keluarga dan teman baik pada babah.


Hari kedua di wad 31 Ogos 2015..baby fateh nyenyak tido..

 
Muhamad Saif Al Fateh


Mata bulat tengok dunia :)

Sis dihantar ke wad malam selepas selamat bersalin. Ingat lagi waktu tu jam tepat 12 malam..baby fateh pun tak tido. Masa dalam lift ada sorang nurse cakap " bulat mata adik..siap la ibu dia berjaga malam lepas ni"...huhu..memang betul pun...

Bermula la episod berjaga malam n tak nyenyak tido jaga baby.

Next entry sis nak share pengalaman bersalin nanti bila fateh dah besar dia boleh baca kisah dia dilahirkan kat sini.