Monday, September 15, 2014

Berpantang keguguran

Mood masih lagi cuti berpantang..

Seminggu pertama sis duduk kat rumah mak mertua kebetulan dia tinggal sorang diri..hubby dah masuk keja kt Langkawi n adik2 ipar semua keja serta study kat luar.

Okeyy...

Sis xda la strait sangat dln berpantang ni cuma kontrol sikit makan, xmakan yg gatal2…tiap2 hari mak mertua masakkan nasi putih ikan n ayam bakar pakai pemanggang ajaib..hiii.n sayur air kasi ada zat. Opss makan nasi 2x sari lorr..huhuhu..xpa lepas pantang
kita start diet balik kurangkan nasi yup..hiii

Balik rumah tokki n tok hari kedua kt Merchang (kebetulan ada tok saudara sebelah Tok Nab (Pok Teh Pa) meninggal) juga masakkan sis ikan bakar..tp bukan berempah ikan selar bakar letak garan kunyit ja...huhuhu

Macam tu la menu hari2…kadang letak kicap sikit xpun lada hitam.

Malam plk sebelum pakai korset berherba sis sapu minyak panas kat perut,betis n tapak kaki..lepas tu sarungkan korset lansing berherba (RM30) untuk kuatkan rahim n kemaskan perut…pakai stokin hitam dan baju sejuk..selimut dengan toto tebal. Tujuan nak panaskan badan n elak angin masuk dalan badan.

Lagi satu kalau mandi pagi@petang..mandi air suam panas2…bagi badan segar sikit.

Mak mertua sis pun xbagi sis buat kerja berat..dia yg tolong basuh,sidai n lipat baju..hiii..bertuah plk badan rasanya..yeala memula nak angkat bakul kain nak p jemur tapi cepat2 dia cakap xpayah biar mak buat semua tu..

Next entri nanti berpantang kat rumah tok plk la....

Sunday, September 14, 2014

Keguguran & Cuci Rahim

Assalamualaikum...

Hari ini awal2 pagi dah rajin nak update blog. Bukan apa cuti panjang@ MC 2 minggu kena gunakan masa sebaiknya.

Kenapa sis bercuti panjang??

Terpaksa cuti lama kerana berehat lepas alami keguguran.

Selasa 9/9/2014

Hari ini semua berjalan lancar. Sis ditemani hubby buat buku merah@buku pink di Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar kira-kira 10 pagi.

Yup segalanya baru bagi kami sebab ni preggy anak sulung. Agak excited..sampai klinik terus ambik nombor giliran lepas tu dipanggil untuk timbang berat dan bagi maklumat pada nurse.

Lepas tu kami diberi nombor giliran baru untuk proses ambik darah dan ujian air kencing. Ok tunggu lagi.

2 petang jumpa dengan nurse yang jaga kawasan Titi Gajah.Ambil sikit maklumat kesihatan, bagi nasihat cth naik tangga elok2,minum susu dua kali sehari.

 Paling best dia wish ‘Tahniah sebab mai buka buku awal’. Yeala baru 2 bulan setengah dah p buka..rasa macam dah lewat. Tapi nurse tu pun cakap elok buka awal dan mereka pun galakkan. Cek apa yang patut n buat temujanji jumpa doktor 24/9…lagi 2 minggu n cek perut 15/10 lepas raya haji.

Balik dengan senyuman sebab dah rasmi bergelar ‘MAK BUYONG’ Terus p hantar hubby ke jeti Kuala Kedah sebab dia nak balik Langkawi.

Rabu 10/9/2014

Kerja macam biasa. Kalu ikutkan sudah 3 malam 2 hari termasuk hari ini ada tanda2 awal keluar cecair coklat tapi sikit2…dah bgtau nurse semalam tapi diaorg cakap benda biasa mybe sebab berlaku penempelan@darah period yg xabes. So sis buat macam biasa.

Petang dalam jam 6.10 bermulanya segala mimpi ngeri apabila sis tetiba macam mai period,panik bercampur blur terpaksa mintak balik awal dari bos nk p klinik. Memula plan nak p klinik swasta tapi kebanyakan dah tutup jadinya atas nasihat hubby n my bff Niza..sis terus drive menghala ke unit kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Okey kat sini tunggu lama..jumpa MA(pembantu perubatan)…lepas tu masuk jumpa doktor bila scan perut xberapa nak nampak n sis diminta ke PAC (bahagian wad bersalin)…kat sini 2 org doktor yang cek.

Doktor Liana bagitau hasil pemeriksaan ada sedikit masalah bila scan kandungan sis macam 4 minggu bukan 10 minggu...tempat tinggal baby pun xbulat cam biasa, ada sedikit lekuk macam bocor.

Doktor bagi 2 pilihan.

1-tunggu lagi 2 minggu nak tengok janin membesar@tidak, atau berlaku pendarahan sendiri.
2-Lakukan D&C (Dilatation& Curettage) @cuci rahim..

Bila bincang dengan hubby tunggu dulu takut baby boleh diselamatkan.

Doktor kedua periksa sama ada berlaku jangkitan kuman@tidak n periksa pintu rahim..sakit jgk proses ni..

Jam 11.30 malam balik rumah lepas dapat tarikh temujanji lagi 2 minggu dekat klinik pakar.

Okey malam ni penat tapi xleh tido lena..

Jam 3.30 pagi perut memulas2 lebih dari tahap senggugut..berlaku kejap2…bila gosok perut reda seminit lepas tu jadi lagi..mmg xtahan..sis telan sikit air zam2 n berdoa dalam hati ‘ Ya Allah jika kandungan ni mmg sudah tidak dapat diselamatkan aku mohon mudahkan proses turun darah biar cepat2 redakan kesakitan’...memang rasa seperti duk berperang..nak tido xlena perut masih sakit mungkin ni rasa org nak beranak hanya sekejap2 terlelap tdo dalam kesakitan.

Khamis 11/9/2014

Jam 7.30 pagi mula berlaku proses tumpah darah..macam period cuma lebih banyak..

Masa nak buang air kecil tetiba terkeluar satu ketulan darah beku besar tapak tangan..kemudian tukar pad..p dapur cuci pinggan jap nak redakan kesakitan, tetiba terbatuk kemudian rasa terkeluar benda serentak dengan darah yang banyak..dah pakai pad still meleleh n menitik ke lantai..mmg dah rasa nak pitam.

Tunggu hubby mai dari Langkawi n kami cepat2 ke hospital. Masuk sekali lagi dekat wad bersalin. Bila doktor cek mmg berlaku keguguran n sudah tidak dapat diselamatkan. Doktor pelatih cuba buang sisa ketulan darah yang melekat dalam rahim secara normal tapi bila scan masih ada lagi yang tertinggal...sakit masa cek tahan saja la..

Doktor Liana masih bagi pilihan nak tunggu darah keluar sendiri (pendarahan mybe lagi teruk n risiko jangkitan kuman n masalah lain@nak cuci rahim).

Demi kesihatan n mau berusaha mengandung lagi ku akhirnya pilih untuk cuci rahim.

Dalam jam 5 petang, sis dibawa ke wad 2 Kenanga..bilik nombor 1…katil nombor 2 (dalam bilik ada 4 katil n 2 tandas)

Okey ni pertama kali check in kat hospital..masa kecik2 xkira ya..

Masuk2 ok..xda apa sangat nurse datang silih ganti periksa tekanan darah n cek suhu badan..bila malam sikit barulah kena cucuk dekat belakang tapak tangan kiri untuk mudahkan proses masukkan jarum untuk ambik darah n masukkan air...ok..boleh tahan lagi..bila part nak masukkan air mmg rasa sangat sakit Allah ja yang tau..bila beberapa minit sis gtau nurse n dia tengok tangan sis membengkak so cepat2 stopkan air n buang jarum kat tangan.

Jumaat 12/9/2014

Pagi2 hari seawal jam 7 pagi sis da siap mandi bukan apa sementara xmasukkan air baik mandi cepat2…nanti xpasal2 kena angkut botol air siap bertiub bagai bawak masuk
 dalam toilet.

Nasib baik mandi awal..xsampai setengah ja datang sorang doktor perempuan muda mai nak cucuk lagi..huhuhu..tapi ni tangan belah kanan plk sebab belah kiri dah bengkak.

Memula cucuk kat pergelangan atas tangan tangan ...okey dah masuk tetiba dia cakap alamak tersilap lorrr..

Okey bukak balik jarum..xsampai 3 minit dia cakap nak cucuk kat atas tapak tangan kanan dekat kawasan jari kelingking...memula dah pesan awal mybe sakit sikit sebab kat sini kulit nipis...tapi sini ja urat macam besar sikit.

Sis pun ready pandang sebelah lain..masa masuk yupp mmg rasa sakit sampai air mata mengalir okeyyy.tapi masa masuk air dah ok sikit xsakit.

Opss lupa nak bgtau sebelum tu sis diarahkan berpuasa start jam 2 pagi x blh minum n makan..so 12.30 malam minum n makan roti last.

Lepas tu rehat kejap n sempat mengaji..huhuhu..takutt..baca surah Maryam separuh..

Jam 10.15 pagi datang nurse suruh tukar pakai baju putih (memula pakai baju wad kaler hijau) dengan topi biru..

Sebab xpernah pakai..silap pakai yang tali letak kt depan padahal kena ikat belakang...okey tukar balik..xdibenarkan pakai sebarang aksesori..

Akhirnya sis berbaring atas katil n diusung ke bilik bedah..mmg rasa cam dlm drama tapi ni real..sis pasrah takut,rasa macam nak mati..bila ja masuk bilik bedah rasa badan menggeletar..

Sis disambut 2 org doktor n beberapa pembantu...doktor tanya beberapa soalan pernah buat pembedahan x sebelum ni..mmg xpnh la kan ni pertama kali,ada alergik x,ada sakit apa2 x,sakit kerongkong k..sis cakap semua ok xda sakit apa2…

Paling lega bila doktor cakap

‘Ok saya akan bius penuh dan awak akan tidur’

Memang dalam fikiran sis pun nak mintak bius penuh..takutt wehhh..

‘ada apa2 soalan lagi tentang prosedur ini?’

Operate D&C ni ambik masa brapa lama doktor?’

‘kejap ja dalam 10 hingga 15 minit ja....

Akhirnya diaorang pun usung la masuk tempat operate..

Okeyyy....nak tau apa yang sis lihat?…ada dua lampu atas dan bawah..satu bahagian kat muka satu badan...memang rasa macam tengok program  Medik TV...menggigil 1 badan..

Doktor suakan oksigen..sambil bagi arahan suruh sis tarik nafas n hembus..tarik nafas n hembus..sorang lagi nurse masukkan ubat melalui jarum..

‘sakit sikit ni tapi xpa lepas ni rasa sejuk,’ kata nurse...sebab takut xrasa sakit sikit pun.

Lepas tu sis terus tertido n xtau dah apa yang berlaku,camna diaorang cuci rahim..

Tetiba...‘bangun,bangun’…nurse  n doktor kejutkan...sis pun terjaga..aik mcm mimpi..kat mana ni? Baru teringat dalam bilik bedah..tanya nurse dah kul brapa pukul 11.15 pagi..kejap ja la..tp rasa cam tido lama nyenyak plk tu..paling syukur xrasa sakit apa cuma rasa badan lemah ckit...time tu rasanya klu turun katil blh terus jln2 n berlari kot (hiii..poyo)…terus hilang rasa takut..yeala org cakap cuci rahim sakit nasib jumpa doktor baik hati nak bius semua jadi mmg xrasa sakit langsung..huhuhu..

Sis kemudian ditolak masuk wad..masuk air lg sebotol n stop..rest kejap..jam 6.30 petang..blh kuar..yahooo... MC 2 minggu..

Kos D&C Hospital kerajaan  RM300 n tido semalam wad kelas 3:  Total RM653 (subsidi kerajaan).

Tapi sis kena bayar RM21 ja..siap dapat ubat tahan sakit lagi 1 jenis..

Okey..kita pantang dua minggu..n lepas 3 kali period boleh plan balik untuk dapat baby..

Mana2 yang baru gugur jangan takut n risau ok nak buat operated cuci rahim ni..xsakit sebab doktor akan bius.. Jangan ambik mudah sebab klu rahim xbersih macam2 risiko boleh jadi...serangan bakteria,darah beracun,ganggu kesuburan,ketulan darah membusuk dalam rahim..



























Tuesday, September 2, 2014

Holiday at Pulau Langkawi wif BFF.

Macam best ja kan bila terbayang keseronokkan bercuti di Pulau Langkawi ^_^

Bagi sis..sejak asben bekerja di pulau tu...rasanya 2-3 kali la jgk kot asyik p ulang alik sana. Tapi klu setakat kami dua xrajin sgt la nk berjalan kecuali ada skali asben bwk p Taman Burung, Laman Padi kt Pantai Chenang... Selalunya kami lebih suka lepak2 ja kt shopping kompleks n paling xbest tiap kali p sana mesti time asben keja. Sis plk cuti so duk melangut la dlm bilik sensorang..hiiiii

Bercuti wif BFF.

Actually plan nk bercuti dgn Niza n hubby dia ni dah lama. Niza is my BFF sejak dari zaman Uni merangkap coursemate,roomate n semua la.

So plan kami jadi la kenyataan pada 15 n 16 Ogos lalu...hiii...asben sis rajin melayan bwk kami jln2…

Okeh first nite kami decide nk bermalam dkt Pantai Chenang. Nak bajet punya pasal kami bermalam la dekat 1 chalet.

Izz Home.
Bilik berhawa dingin (RM80)
Bilik kipas (RM50)
##4/10##

~Bilik bersih n warna ceria.

Tapi sis ambik yang berhawa dingin...yg xbest tv xda channel abis cari x still siaran xda. Kedudukan chalet ni agk jauh ke dlm kg...myb kna jln 5~10 minit kot dari jln utama..jauh sikit dgn pantai.

Tapi sepanjang jln nk masuk tu banyak jugak chalet lain.

Pantai Chenang.
Sempat jgk melepak kt tepi pantai ptg masa sampai sana. Sebelum balik sempat singgah dekat pasar malam depan Under Water World.
Bff sis sempat jln2 cuci mlm kt nite market sepanjang jln kt Pantai Chenang. Sis plk terpaksa teman asben angkut kain baju dia kt Kuah.


Monday, September 1, 2014

Update kerajinan

Assalamualaikum...

Morning ^_^

Malas betul Sis Tiha nak update blog...asyik tertangguh ja selalu padahal banyak ja benda nk kongsi...hiiii...

Alasan
~line tenet kt rumah slow tahap siput.(nak kena cepat2 tukar line tenet ni)
~masa kadang selalu xmengizinkan.

Jadinya
~Bermula bulan September nk kena lawan semua perasaan malas tu..
~Jadi contoh yg baik buat bby tersayang (chewaahhh)




Sunday, August 3, 2014

Panduan Shaklee untuk Ibu Mengandung



                                                                    




Q1: Apakah produk Shaklee yang BOLEH diamalkan oleh Ibu Mengandung?

A1: Vitamin Asas: Vita-Lea Iron Formula, B-Complex, Vitamin-C & OsteMatrix.
Optional: ESP, Meal Shake, OmegaGuard & Performance Drink.

Vita-Lea (1 biji sehari): 
Multivitamin lengkap dengan Zat Besi (Iron). Sesuai bagi ibu2 yang mengalami low Hb.

B-Complex (1 biji sehari):
Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk Asid Folik. Ibu mengandung perlukan minima 400mcg Asid Folik untuk persediaan mengandung, terutama sepanjang trimester pertama & sepanjang mengandung. 400mcg Folic Acid ini boleh diperolehi melalui 1 biji Shaklee B-Complex + 1 biji Vita-Lea. Sila check label botol vitamin anda.

Vitamin-C (1 biji sehari):
Untuk antibodi ibu, mengurangkan masalah gusi berdarah, sumber kolagen agar kulit perut dapat menegang dengan cantik (kurangkan kesan stretch mark).

OsteMatrix (2-4 biji sehari):
Sumber kalsium-magnesium, vitamin D dan lain2.

ESP (1 sudu besar sehari):
Sumber protein, non-GMO soy.

Meal Shake (1 sudu besar sehari):
Multivitamin lengkap di dalam bentuk serbuk, yang mengandungi protein dan fiber. Sesuai di amalkan terutama peringkat awal kehamilan di mana ibu morning sickness, tak lalu makan, kerap muntah dll.

OmegaGuard (1 biji sehari):
Shaklee fish oil, sumber DHA & EPA untuk brain development baby & bantu kurangkan kolesterol buat si ibu. Sebaiknya di amalkan waktu trimester 2 & 3. Better consult dengan gynae bilakah waktu yang sesuai untuk mula makan fish oil.

*Note on OmegaGuard: Ada argument mengenai kandungan EPA yang tinggi tidak sesuai untuk preggie moms. Recommended tidak lebih 3g sehari. Sebab itu kita ambil sebiji sehari sahaja - moderate! Kandungan EPA yg tinggi dikhuatiri beri kesan pada perkembangan motor anak. Kelebihan Omega Shaklee ialah ia diperbuat drpd ikan, bukannya hati ikan. Dan, ia ditapis 2x (or more? tak ingat), jadi benda2 bahaya dah ditapis keluar. Bagi fish oil yg dibuat dari cod liver oil (hati ikan), boleh jadi toksik jika berlebihan.

Performance Drink (PD)-ikut keperluan:
Badan terhidrat sentiasa terutama ketika cuaca panas terik, menghidap selesema/ demam, beri tenaga berpanjangan terutama jika ibu hamil & berpuasa. Better minum PD ini  untuk memastikan paras gula di dalam darah stabil/ normal. Ingat, wajib simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lama. Tak perlu minum hari2 pun, minum jika perlu sahaja.

Q2: Apakah produk Shaklee yang TIDAK BOLEH diamalkan oleh Ibu Mengandung?

A2: Selain dari yang dinyatakan di atas, terutama vitamin yang mempunyai high-antioxidant factors seperti VIVIX, CarotoMax & Vita-E.

Ringkasnya, apabila hamil, terutama waktu benih baru melekat (Trimester 1), antibodi ibu sebenarnya direndahkan bagi memberi jalan kpd pelekatan benih & kehadiran sel baru (iaitu baby). Bila kita ambil makanan high anti-oxidants, antibodi kita meningkat dan body akan anggap 'sel baru' tersebut sebagai bendasing, dan akan cuba untuk 'reject' benda tersebut. Na'uzubillahiminzalik. 

Q3: Bagaimanakah cara pengambilan vitamin untuk ibu mengandung?

A3: Basically sama sahaja dengan cara pengambilan suplemen biasa. Cuma untuk Trimester pertama itu tak perlu ambil banyak sangat suplemen, cukup dengan 4 vitamin asas sahaja. Bila kandungan dah stabil (Trimester 2 & 3), barulah tambah suplemen lain sedikit demi sedikit. Jika risau, sentiasa refer dengan doktor. 

TRIMESTER 1:
Bangun pagi/ before breakfast: Secawan Meal Shake/ Secawan ESP/ Secawan ESP+Meal Shake.
After lunch: 1 biji Vita-Lea & 1 biji Vita-C.
After dinner: 1 biji B-Complex & 2 biji OsteMatrix.
Before bed/ After breakfast: 2 biji OsteMatrix.

TRIMESTER 2 & 3:
Bangun pagi/ before breakfast: Secawan Meal Shake/ Secawan ESP/ Secawan ESP+Meal Shake. 
After breakfast: 1 biji OmegaGuard 
After lunch: 1 biji Vita-Lea & 1 biji Vita-C.
After dinner: 1 biji B-Complex.
Before bed: 2-4 biji OsteMatrix.

LOGIK JADUAL:
- ESP dan Meal Shake tue, cukuplah sekadar ambil satu sudu sehari. Tak perlu over-dosing it!

- Vita-Lea better makan dgn Vita-C, kerana Vita-C bantu optimum absorption of Iron (Zat Besi). Elakkan makan Vita-Lea sekali dgn OsteMatrix kerana kalsium akan ganggu penyerapan Zat Besi.

- Makan B-Complex akan menyebabkan rasa lapar kerana B-Complex bakar makanan/gula menjadi tenaga. Jadi, kalau makan malam, akan kurang rasa nak mengunyah (elak berat badan naik mendadak), plus, gabungan B-Comp dgn OsteMatrix akan bantu tidur malam lebih lena & bertenaga keesokan harinya.

- OsteMatrix mmg better makan sebelum tidur kerana ia lebih mudah diserap tatkala kita kurang minum air/ kurang buang air i.e. tidur lah! Lagi satu, Cal-Mag bantu kita tidur lena (tidur berkualiti!), sangat sesuai untuk org yg ada masalah nak tidur malam (insomnia).

Ada pendapat mengatakan better ambil 500mg Calcium at one time (2 biji OsteMatrix) bagi ibu mengandung (refer: http://www.babycenter.com/0_calcium-in-your-pregnancy-diet_665.bc).


Q4: Bila ambil set vitamin Shaklee untuk pregnancy nie, perlu lagi tak untuk ambil Obimin dan Neurogain secara berasingan?

A4: Tidak perlu, nanti jadi over-dose pulak!
Basically, Obimin = Vita-Lea. Manakala, Neurogain = OmegaGuard. Tak pasti ttg Obimin & Neurogain, namun, yang pastinya, vitamin Shaklee adalah semulajadi (bukan sintetik), dan lebih selamat & mudah diserap oleh badan. Jika dah ambil Obimin & Neurogain, tapi tetap nak makan vitamin Shaklee, boleh ambil suplemen yang tidak bertindan dengan apa yang sedang si ibu amek tue, contohnya ESP dan OsteMatrix. Rule of thumb: Sentiasa baca label & kira sendiri value vitamin yang diambil dalam masa sehari (24 jam) tersebut. Simple !!!

Q5: Tips ibu hamil & berpuasa dengan vitamin Shaklee.

A5: Wajib minum bancuhan ESP+PD waktu sahur. Caranya, secawan air kosong/ juices + 1 sudu besar ESP + 1 sudu besar PD (Performance Drink). 

Insya Allah badan akan rasa bertenaga dan boleh menunaikan ibadah puasa dengan jayanya. Vitamin2 lain, ambil selepas berbuka, sbb makan vits nie perlu minum byk air. Kalau rajin, boleh minum secawan PD waktu berbuka/ anytime waktu malam tue utk kesegaran berpanjangan.

Q6: Bolehkah ibu hamil dan ada Diabetes/ GDM ambil ESP?

A6: Sebaiknya refer dahulu dengan doktor. Jika si ibu tidak mempunyai masalah buah pinggang, boleh cuba ambil ESP, start with lower dose.  


TIHA
0179557669

2 CARA BUAT TEMPAHAN SHAKLEE

1. Boleh hubungi terus TIHA.
2. Boleh tempah melalui laman ini hanya klik 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id&enc_widget_id=34cd5b26e973507b09fb7d4216b75a9e

Saturday, August 2, 2014

Cara Meneka Jantina Bayi Dalam Kandungan

Golongan ibu pasti sangat gembira apabila mengetahui dirinya hamil beberapa minggu. Kegembiraan itu selalu diiringi dengan persoalan, apakah jantina anakku? Lelakikah atau perempuankah? Bagi menjawab persoalan itu lazimnya suami isteri akan membuat pemeriksaan ultrasonagrafi di Klinik Puan. Sebelum wujudnya kemudahan ultrsonografi, orang dulu- dulu mengguna beberapa indikator bagi menentukan jantina bayi dalam kandungan.





1. Berat badan ayah
Sebuah penelitian di Denmark membuktikan sebahagian besar lelaki memang tidak mengalami kenaikan berat badan semasa isterinya mengandung mengandung anak laki-laki. Tidak diketahui penyebabnya, tetapi hanya 5 di antara 100 lelaki yang menjadi lebih gemuk semasa isterinya mengandung anak laki-laki.

2. Mengidam rasa
Dulu- dulu kononnya wanita yang mengandung anak perempuan lebih sering mengidam makanan yang manis-manis seperti coklat, sementara jika mengandung anak laki-laki maka bakal ibu mengidam makanan masin. Tapi faktanya, tidak ada data yang membuktikan kebenaran mitos ini, kebanyakan teori lebih mengaitkan pilihan makanan semasa mengidam dengan keperluan nutrisi. Misalnya semasa tubuh memerlukan lebih banyak garam, maka bakal ibu akan mengidam makanan masin.

3. Bentuk wajah calon ibu
Orang dulu- dulu percaya bahawa jika bentuk wajah menjadi lebih bulat semasa mengandung maka kemungkinan besar anaknya perempuan.Hakikatnya, hampir semua wanita mengalami kenaikan berat badan sepanjang kehamilan sehingga wajahnya menjadi lebih bulat, tidak kira anaknya laki-laki atau perempuan.

Penelitian di Perancis membuktikan jerawat berhubungan dengan jantina bayi. Dalam penelitian tersebut, 90% ibu hamil yang semakin berjerawat di wajahnya cenderung melahirkan anak perempuan.

4. Denyut jantung
Manusia zaman dulukala percaya wanita yang mengandung bayi lelaki memiliki denyut jantung kurang 140/minit, sementara jika mengandung bayi perempuan denyut jantungnya di atas 140/minit. Penelitian membuktikan bayi perempuan memang cenderung memiliki denyut jantung lebih tinggi, namun perbezaan itu hanya dapat diukur setelah bayi lahir, bukan pada naadi ibu yang mengandung.

5. Perbezaan ukuran payudara
Orang dahulu melihat pada fizikal ibu, jika payudara kanan lebih besar maka bayi yang dikandung adalah lelaki, jika payudara kiri yang lebih besar maka bayinya perempuan.Tidak dinafikan p
erubahan hormon dan penghasilan air susu menjadikan ukuran payudara membesar sepanjang kehamilan. Namun tidak ada bukti bahawa perbezaan ukuran payudara kiri dan kanan berhubungan dengan jantina bayi.

6. Morning sickness

Kononnya jika morning sickness yang dialami ibu hamil sangat teruk, kemungkinan besar anaknya perempuan. Sebaliknya jika tidak mengalami morning sickness atau tidak terlalu teruk, kemungkinan bayinya lelaki. Perbezaan hormon yang dihasilkan janin perempuan dan lelaki dijangka mewujudkan perbezaan tahap morning sickness yang dirasakan. Penelitian di Sweden antara tahun 1987-1995 membuktikan bahawa mitos tersebut adalah benar.

7. Suhu di telapak kaki
Terbukti bahawa jika tapak kaki ibu hamil selalu sejuk, kemungkinan besar anaknya laki-laki. Penelitian telah dilakukan oleh Dr Alexander Nachnamen, Jerman. Wanita yang mengandung bayi lelaki lebih selalu mengalami gangguan peredaran darah sehingga telapak kakinya terasa dingin.

8. Naluri calon ibu
Sejak dulu lagi, tekaan ibu berkenaan jantina bayinya lebih tepat berbanding tekaan ayah atau sanak saudara yang lain. Tekaan paling jitu sememangnya diperoleh berdasarkan hasil ultrasonografi (USG). Tetapi jika bersandarkan naluri, 71% tekaan seorang calon ibu adalah benar.

10 langkah untuk kehamilan sihat

Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan juga emosi. Anda memberi diri anda peluang terbaik untuk melalui kehamilan bebas daripada masalah dan memperolehi bayi yang sihat jika anda mengikuti beberapa panduan yang mudah:

1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal

Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran.

Walaupun jika anda tidak mempunyai pilihan dari segi siapa yang anda mahu untuk mengendalikan anda (seperti di klinik-klinik dan hospital kerajaan), anda masih boleh membina persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang sering anda jumpa dalam tempoh masa anda membuat pemeriksaan kehamilan.

Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pilihan rawatan antenatal anda.

2. Makan dengan baik

Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh krim atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera terhadap makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan makanan lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.

Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari). Sediakan hidangan makanan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak). Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari.

Juga, adalah penting untuk tidak mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek di antara waktu makan.

3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan

Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.

Jangkitan salmonella boleh berlaku disebabkan memakan daging ayam yang tidak dimasak sempurna dan telur mentah atau yang separa masak. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil.)

Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpuncakan keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses, seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.

Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran.

Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yang kurang masak, dan telur mentah atau dimasak lembut. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil).

4. Mengambil tambahan folik asid dan memakan ikan

Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah folik asid (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.

Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.

Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.

Jika anda tidak suka ikan, tambahan minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan).

5. Bersenam selalu

Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan asal anda selepas bayi anda dilahirkan.

Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung. Pakar-pakar tidak pasti macam mana senaman menyebabkannya, tetapi terdapat bukti yang semakin meluas bahawa ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina, yang membantu mengawal emosi dan perasaan anda.

Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda, melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat.

6. Mula lakukan senaman lantai pelvik

Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvik, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.

Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.

Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. Baca artikel kami mengenai senaman lantai pelvik semasa mengandung untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk melakukannya dengan betul.

7. Hadkan pengambilan alkohol

Sebab sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.

Di UK, Kolej Diraja Physician, dan baru-baru ini, Jabatan Kesihatan, mengesyorkan bahawa wanita hamil mengawal keadaan dengan menjauhi alkohol sama sekali. Kolej Diraja Obstetrisian dan Ginekologi dan Agensi Piawaian Makanan mengesyorkan, jika anda bercadang untuk masih minum, supaya menghadkannya kepada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu, dan jangan sampai mabuk.

Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Syndrome), yang menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.

8. Kurangkan pengambilan kafein

Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

Nasihat semasa mencadangkan bahawa dua cawan kopi (bersamaan empat cawan teh atau lima tin cola) sehari tidak akan menjejaskan bayi anda, walaupun satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran.

Sama seperti alkohol, di mana lebih baik jika lebih berhati-hati, anda juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau, sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama. Alternatif yang segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon.

9. Berhenti merokok

Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot.

Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah.

Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, apa jua pengurangan dalam bilangan rokok yang anda hisap setiap hari semasa hamil akan memberikan bayi anda peluang yang lebih baik. (Baca nasihat lanjut mengenai bagaimana untuk berhenti merokok semasa kehamilan.)

10. Lebihkan berehat

Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih,.

Jika sakit belakang mengganggu tidur anda, cuba urutan (beritahu ahli terapi yang anda hamil atau carilah bidan yang berpengalaman dalam membantu wanita hamil), kelas natal air, atau kelas senaman khusus untuk penjagaan belakang. Senaman dan aktiviti relaks juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba teknik relaks, yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan dalam. Jangan lupa memberitahu pelatih yang mengendalikan kelas senaman dan relaks itu yang anda sedang hamil atau pilihlah kelas khusus untuk wanita hamil.

(Anda akan mendapat nasihat lanjut dan berguna dalam seksyen tidur semasa hamil kami.)

Sunday, June 8, 2014

Tips Parking ke Langkawi (Lalu ikut Jeti Kuala Kedah)

Assalamualaikum n rakan2 sis yg ceria2 semua ^_~

Okeh rini sis nak berkongsi satu tips.

Tips apa???

Tips jika nk parking keta kt jeti Kuala Kedah.

Ada dua jenis tempat parking.

1. Parking di kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar (  MBAS)
~kawasan depan jeti dan sebelah kiri jeti.
~caj sehari semalam RM15.

2. Parking luar kawasan MBAS.
~caj sehari semalam RM10.
~Tapi kena hati2 sebab ada yang ambil kesempatan jadi ulat parking.

Okeh..

Situasi yg seringkali terjadi, bila nampak jea keta plat luar Kedah masuk kwsan jeti, msti akan ada mana2 mat2 motor dtg himpit tnya nk parking ke?meh dia tolong tunjuk tempat..

AWAS!!! kena hati2, jangan bayar dulu duit parking takut dia hanya bwk p parking tepi jln, xpun tepi rumah org.
(Banyak aduan org ramai merungut kes kene tipu cmni...pastikan mereka bwk tmpt parking yg sebetulnya..layak dipanggil tmpt parking)

Cadangan nk bina parking berbumbung dah lama dibincangkan kerajaan negeri tapi masih belum ada sebarang keputusan.

JADI

Hasil pengalaman sis sendiri...sis lebih selesa parking keta di kawasan Masjid India (warna biru) sebelah jeti.

Orang yg jaga parking tu imam masjid tu sendiri tau merangkap eksekutif pemasaran masjid..namanya Imam Sadiq.

Menurut Imam mereka akan kunci pintu pagar masjid lepas Isyak kiranya lepas feri yg last dan akan bukak pintu pagar sekitar jam 5.30 pagi waktu org nk p solat subuh.

Lega kan??sebab keta kita berada dlm kwsan berkunci di malam harinya..lagipun parking dlm kwsn masjid lebih selamat rasanya.

Kalu nk booking awal pon blh hubungi sendiri Imam Sadiq (012-4466869/017-5248386)klu dia xangkat maknanya tengah solat la tu ^_^




Hahhh..kat sini la...Masjid India....betul2 dpn traffic light :)





Kenapa wanita mudah gemuk lepas kahwin????






 Sedar atau tidak, kebanyakan wanita berat badannya bertambah selepas berkahwin. Ingin tahu kenapa? Mengikut kajian terhadap lebih 125,000 orang, mereka yang berkahwin lebih cenderung untuk bertambah berat badan. Antara faktor-faktor utama :

1) Perubahan Hormon

Semasa mengandung, Si ibu akan lebih cenderung risaukan kesihatan anak dalam kandungan. Bukan hanya makan untuk seorang tetapi makan untuk 2 ORANG. Maka si ibu akan cepat berasa lapar dan letih kerana baby dalam kandungan berkongsi khasiat dalam badan. Doktor juga menyarankan makan kerap dan mengambil makanan yang berkhasiat, tidak boleh sesekali mengambil makanan bergas, berajinamoto ataupun makanan yang tinggi kandungan pewarna dan perasa tambahan. Di sebabkan itu juga, berlaku penambahan berat badan yang mendadak dan kita sering lihat si ibu makin montel dan comel

2) Dah ada ‘peneman’ setia

Sebelum kawin, punya la risau akan berat badan gara-gara takut tiada siapa yang nak. Tapi apa yang berlaku lepas kahwin, penampilan diri entah ke mana kerana sudah ada suami tercinta. Perlu di ingatkan, berhias untuk suami adalah menjadi satu ibadah. Kalau terasa tidak mahu suami mencari pasangan lain, mari kita sama-sama exercise dan mengubah cara hidup sebelum terlambat. Anda cantik, pastinya menjadi kebanggaan suami

3) Sering ke dapur

Adalah menjadi tanggungjawap perempuan menjaga kebajikan si suami selepas berkahwin. Anda sering ke dapur untuk menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak. Jika mereka lapar, anda pasti risau. Oleh kerana anda sentiasa memasak di dapur, andalah orang pertama yang besar kebarangkalian untuk menjadi gemuk kerana makanan di depan mata! Oleh itu, kawal pemakanan, dan sediakan hidangan mengikut waktu tertentu.

4) Malas bersenam

Ini bukan sehaja berlaku pada wanita selepas berkahwin, tapi yang belum berkahwin juga ada yang malas bersenam kerana tidak peduli tentang kesihatan. Wanita yang lepas berkahwin kurang kesedaran untuk menjaga kesihatan kerana sudah memiliki keluarga dan lebih fokus kepada kewangan dengan jumlah ahli keluarga yang makin berkembang dari masa ke semasa. Mereka juga kurang mendapat dorongan dari suami kerana suami sibuk bekerja walaupun hari weekend lebih selesa duduk bersantai di rumah bersama keluarga tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Sumber: Nashatadotcom

Thursday, May 29, 2014

Uji dua lelaki sebelum terima sebagai calon suami.

NURUL FATIHAH SULAINI
SINAR HARIAN

Pernah disiarkan dalam ruangan sembang santai Sis. (santai, inspirasi, sembang) Sinar Harian Utara.

Isu: Jodoh.

"Uji dua lelaki sebelum terima sebagai calon suami"

-------------------------------------------------------

Kiriman: Hamba Allah, Alor Setar, Kedah.

Tak kenal maka tak cinta. Sejujurnya walaupun saya bukanlah sudah lama mendirikan rumah tangga, namun bersyukur mahligai yang dibina  pada 2008 masih kukuh hingga kini. Tambahan pula ulang tahun kelima kami pada tahun ini disambut meriah seluruh Malaysia. Mana tidaknya,buat pertama kalinya tarikh istimewa itu jatuh pada hari Khamis bersamaan 08/08/2013 iaitu tarikh 1 Syawal 1434H.

Namun kami masih belum diberikan kesempatan bergelar ibu bapa. Tetapi itu tidak sesekali merenggangkan jarak antara kami. Rezeki, jodoh, ajal dan maut segalanya di tangan Tuhan. Jodoh? Ya dia jodoh saya dan sama sendiri tidak menyangka. Pengalaman saya sendiri sebelum bertemu suami pernah juga berkawan dengan beberapa lelaki lain yang mahu menjalinkan hubungan serius.

Secara jujurnya saya bukanlah jenis yang memilih rupa dan sebagainya. Bagi  saya lelaki yang bakal menjadi teman hidup perlu bersifat penyayang, hormat kedua ibu bapa,      sayangkan ahli keluarga dan mampu mengasihi serta mampu menjadi imam. Paling penting dapat menerima kelebihan dan kekurangan diri ini. Beberapa tapisan terhadap kenalan lelaki turut dilakukan untuk menguji sejauh mana keikhlasan mereka berkawan dengan saya.

Saya bukannya mahu dilabel sebagai 'playgirl' tetapi mahu mencari seorang suami yang akan menemani hingga akhir hayat usia. Daripada beberapa rakan lelaki itu akhirnya tinggal dua orang yang menjadi pilihan hati. Seorang berjawatan besar dan rupa paras tidak kurang hebatnya manakala seorang lagi sekadar pekerja biasa dengan sederhana sahaja orangnya.

Dari sehari ke sehari saya sentisa menduga mereka berdua. Antara mengambil pendekatan sendiri dengan mengajukan beberapa soalan yang sama kepada mereka berdua dan tentunya hasil jawapan akan berbeza. Soalan  pertama, "sekiranya berkahwin kelak, apakah anak atau isteri menjadi keutamaan?" Jawapan daripada lelaki pertama adalah anak pilihan utama dan akan dilebihkan dalam segala hal, contohnya baju raya jika anak empat lima pasang,maknya cukuplah sekadar sepasang sahaja.

Jawapan daripada lelaki kedua pula, anak mahupun ibunya sama pentingnya, tak ada ibu tak adalah anaknya, kalau ibu baju sepasang, anak-anak sepasang dua, ada bajet lebih tambahkan juga untuk ibu. Kalian sudah pasti dapat mengagak jawapan siapa paling relevan bukan. Seterusnya,saya berpura-pura sakit kerana  tahu mereka berada di luar kawasan jauh dari tempat tinggal saya. Saya menelefon mereka berdua dan memberitahu demam.

Ayat daripada lelaki pertama , "ala telan panadol cukupla ,lega la nanti" .Ayat lelaki kedua pula, "ya ka demam,nak saya bawa pi klinik ka? dah pegi klinik ka? apa-apa hal bagi
tahu cepat". Sekali lagi dapat anda andaikan bukan jawapan mana yang relevan.

Kali ketiga, saya bertanyakan soalan "sekiranya tak ada apa sangat dah untuk dimakan, duit pula tak mencukupi ketika itu, apa ikhtiar kamu". Jawapan lelaki pertama,"sebab itu kena kerja, dua-dua kena keja ,laki bini kena keja" .Jawapan mudah dan ringkas. Jawapan lelaki kedua "rezeki dimana-mana janji usaha, kalau terpaksa makan ikan kering pun syukur Alhamdulillah,orang lain ada yang tak makan  lagi teruk kan".

Setelah penilaian itu dibuat,dalam keadaan masih ragu-ragu, saya uji lagi. Kali ini  minta dibelikan lima pasang kasut dan beberapa helai kain pasang. Hanya lelaki kedua yang
membelikan. Diberinya saya sejumlah wang. Sebagai makluman saya bukanlah jenis materialistik dan saya memang ambil wang itu tetapi disimpan sahaja tidak digunakan. Dalam masa yang sama berdoa dipermudahkan serta diberi petunjuk siapakah antara mereka bakal jodoh saya.

Hinggalah ke satu tahap saya sudah buntu maka saya tawarkan kepada mereka berdua, sesiapa yang bersungguh-sungguh nak beristerikan saya perlu datang ke rumah selepas emak balik dari Mekah dengan syarat hadir seorang diri. Saya buat begini kerana sepanjang kami berkawan seorang pun belum pernah bertemu kedua orang tua saya. Bagaimanapun daripada mereka berdua hanya lelaki yang kedua hadir.

Dari situ saya merasakan bahawa lelaki kedua adalah pilihan terbaik yang membuktikan kasih sayangnya dan berusaha untuk mendapatkan saya. Kami pun mengikat tali pertunangan dan seterusnya berkahwin. Alhamdulillah setelah berkahwin suami membuktikan jawapan kepada soalan saya selama ini bukan sekadar omongan kosong semata-mata untuk meyakinkan saya.

Sewaktu saya dimasukkan ke hospital, dialah yang terlebih dahulu ambil tahu, kalau mahu makan berlaukkan ayam cukuplah dia sekadar ikan bilis,dia tidak cerewet langsung, malah dalam segala hal saya didahulukan. Walau dia bukan seromantis persis pelakon Hindustan saya tetap suka akan sifatnya yang bersahaja. Sehingga ke saat ini aura antara kami sentiasa kuat.

Percaya atau tidak, kadangkala saya kehabisan topup kad prabayar, ,hati kecil saya seolah-olah berharap dan berdoa agar suami menelefon dan belum sampai lima minit
dia akan menelefon. Subhanalllah betapa kuatnya naluri antara kami. Kebiasaannya itulah yang berlaku. Pernah juga saya baru mendail nombornya tiba-tiba ada panggilan masuk daripada suami. Subhanallah.

Kepada yang sedang dan masih bercinta dan masih lagi mencari-cari jawapan apakah si dia sesuai untuk anda, hanya anda yang mampu menjawab persoalan itu.Orang lain hanya mampu memberi bimbingan dan panduan.Percayalah.Yakin kepada gerak hati anda. Kata orang juga,kalau nak tahu seseorang itu jodoh kita atau tak melalui raut wajah. Contoh macam saya muka saya dan suami seakan-akan sama dan kalau kata adik-beradik pun orang percaya.

end/

TiPs ProJek MeMikat IncIk SuaMi ^_^


NURUL FATIHAH SULAINI
SINAR HARIAN

#Pernah disiarkan dalam ruangan sembang santai Sis. (Sembang, inspirasi, santai) Sinar Harian Utara.

 Tips rumahtangga sentiasa romantis.

kiriman : nama samaran (chuchubaran), Kedah.
-------------------------------------------------------

Walaupun usia perkahwinan masih ibarat setahun jagung namun saya tidak kisah untuk berkongsi tips rumahtangga. Ya, manalah tahu mungkin boleh dijadikan rutin untuk kita menempuhi hidup sehari-hari bergelar pasangan suami isteri.
Sebelum bercerita lanjut mengenai tips yang bakal saya kongsikan ini, terlebih dahulu ucapan penghargaan dan setinggi terima kasih saya ucapkan kepada kakak kedua yang tidak lokek berkongsi ilmu rumahtangga.

Melalui pengalaman saya sendiri dan hasil perkongsian maklumat dengan kakak kedua itu saya praktikkan semuanya sejurus selepas bergelar isteri kepada suami tercinta. 
Benarlah kata orang zaman bercinta dan zaman bergelar suami isteri  banyak perbezaannya justeru itu seperti saya katakan tadi persediaan mental dan fizikal paling utama.

Secara mudahnya antara tips yang saya sering amalkan adalah  terima dan menghormati rakan suami seperti mana saya mahukan suami hormati rakan saya juga. 
Seterusnya yang memang menjadi amalan wajib saya dan suami adalah setiap kali sebelum tidur suami akan mencium dahi, kedua pipi , hidung dan seterusnya membisikkan ke telinga ucapan "selamat malam....Assalamualaikum cinta" dan sekali lagi mencium dahi saya.
 Lalu saya pula akan bersalaman dengan suami sambil memohon ampun maaf dan mencium kedua belah tangan suami dan diikuti kedua pipi dan dahinya pula.

Hal ini turut berlaku walau pun ada ketika kami pernah berhadapan situasi perhubungan jarak jauh "PJJ ".Saya atau suami akan menelefon dan kami akan memohon maaf melalui telefon dan ayat yang takkan pernah suami lupakan "Assalamualaikum Cinta ".Kadang kala tersenyum sendirian juga teringatkan hal romantik macam ini.

Kami juga sering berbual sebelum tidur. Kami ambil masa sedikit sebelum masing-masing melelapkan mata membincangkan hal berkaitan seperti perancangan masa depan dan sebagainya.
 Melainkan terlalu letih sangat, kami sekurang-kurangnya akan memberitahu masing-masing bahawa kepenatan atau keletihan serta saling memahami antara satu sama lain.

Sebagai isteri pula saya juga amalkan mempelajari masakan baru yang difikirkan boleh menambat selera suami. Hujung minggu adalah masa yang paling sesuai untuk saya lakukan kerana waktu seperti itu sangat bertepatan kalau hendak mencuba  masakan yang memerlukan "extra efforts". 
Perkenalkan masakan baru yang belum pernah suami cuba. Berkongsi resepi sesama kawan InsyaAllah hasilnya memuaskan.

Selain itu saya juga amalkan mencuci rambut, memotong kuku ,scrub badan dan facial untuk suami. Kadangkala aktiviti seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan kita kerana
masing-masing akan bergurau senda sewaktu aktiviti ini dijalankan. Tidak dilupakan juga saya juga akan mengurut suami sekiranya ada masa terluang.

Sambil menonton tv adakalanya saya amalkan mengurut bahagian dahi dan kening suami dengan menggunakan minyak baby. Kaedah ini akan mengurangkan kesakitan di bahagian kepala dan sekaligus melancarkan peredaran darah di bahagian muka dan InsyaAllah suami akan tidur dengan nyenyaknya.

Antara tips lain lagi yang paling penting fahami diri pasangan masing-masing dan elakkan sifat penting diri. Belajar sukakan perkara yang diminati pasangan. Pendek
kata tidak salah sekiranya kita memberi ruang masa lebih kepada pasangan demi kebahagiaan bersama.

Lakukan juga aktiviti-aktiviti yang pernah dilakukan sewaktu zaman bercinta seperti mengunjungi  tempat zaman bercinta. InsyaAllah "sentimental value " dan
kenangan manis zaman bercinta akan menyemarakkan lagi hubungan kita suami isteri.

Perkara paling mustahak yang harus diamalkan adalah hormati pasangan dan jangan lakukan apa-apa perkara yang tidak disukai. Macam saya suami tidak suka kalau menyentuh beg duitnya dan mungkin ada kalangan anda menyangka saya terlalu bodoh untuk mempercayai suami. 
Mungkin suami ada menyembunyikan sesuatu daripada saya melalui amaran itu akan tetapi bagi saya pula antara lelaki dan perempuan pemikiran kita jauh berbeza.

Suami tidak suka saya menyelongkar beg duitnya kerana sekiranya perlukan duit saya perlu beritahu dan tidak perlu sampai menyelongkar kerana menyelongkar itu seperti pencuri yang ingin mengambil tanpa pengetahuan.Pernah juga saya curi-curi menyelongkar juga beg duitnya dan perbuatan saya dapat dihidu suami.

Selang beberapa hari barulah suami memberitahu bahawa tidak perlu sampai menyelongkar kerana kepercayaan adalah akar pohon keyakinan dan kalau akar tunjang masih belum cukup meyakinkan, sehingga perlu memecahkan tanah menggali melihat ke dasar akar, apa gunanya menyemai pohon. Begitu mendalam kata-katanya dan sejak itu saya tidak lagi pernah menyelongkar beg duitnya.

Sebenarnya banyak lagi cara ataupun kaedah mahu pun tips yang boleh kita lakukan untuk memastikan keharmonian rumah tangga kita. Jangan lupa walaupun sudah berumahtangga teruskan menghantar mesej atau ayat  romantik terhadap pasangan masing sebagai penghargaan kehadiran dan demi membuktikan betapa bermaknanya mereka dalam hidup kita.

Ingat jangan hanya memikirkan siapa yang harus memulakan langkah terlebih dahulu sebaliknya apa pun jua yang dilakukan demi kebahagiaan bersama. Tidak hilang maruah kita sekiranya  memulakan dulu apa jua langkah demi rumahtangga kita. Buang jauh-jauh sifat ego, riak serta tinggi diri dalam hidup berumahtangga.

Tips tambahan sekali sekala sewaktu makan suapkan pasangan makanan yang kita makan, minum pada bekas yang sama, panggil pasangan dengan gelaran yang sedap dan sejuk bila kita panggil, raikan hari bertuah pasangan atau sekali sekala beri kejutan terhadap pasangan, kepada isteri di luar sana tidurlah dalam keadaan tangan menggenggam dan memeluk tangan suami.

Hargai setiap apa yang dilakukan pasangan dan jangan mengeluh serta jangan sesekali cuba membandingkan pasangan sendiri dengan pasangan orang lain, paling utama jangan perlekehkan pasangan sama ada dalam keluarga mahu pun di mana sahaja .
Apa pun jua saya sekadar berkongsi apa yang saya alami dan lakukan selebihnya tepuk dada tanya selera, pupuk hati sayangi pasangan.

end/

##notakaki##boleh sama2 mencuba yea ^_^

Tuesday, May 27, 2014

WhatsApp !!! PeNghujuNG Bulan Mei 2014.

سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُl‎

Ku berangan beraksi ala2 Che Ta (Rozita Che Wan) sat kat Kundasang War Memorial, Sabah...hahahaha

 Salam ceria, salam manis semua ^_^

Terima kasih pada sapa2 yang sudi singgah kat blog sis ni. YiHaaaaa Mei 2014 !!!!!

Opss ada apa dengan bulan ni?? jeng2, kalau sapa pernah follow blog sis mesti perasan sebelum ni layout skema ja...hiiiii..sebab ape??sebab lum pandai nak godek2..

Berkat kesabaran, try n error sekarang hokey la sikit kot hasil tambah baik. Harap sis semakin rajin la nk berbloging lepas ni..hehehehe.

Yupppp..

Lagi satu sis dah pasang nawaitu dengan adanya blog ni, sis ingin berkongsi macam2 input dengan sapa yang sudi baca.

Kongsi apa tu???

Oleh kerana sis ni seorang 'reporter' akhbar merangkap pengguna produk Shaklee.. semestinya tentang perkongsian tentang pelbagai  pengalaman ramai individu yang boleh jadi inspirasi kepada kita semua. 

Pasal Shaklee sis kongsi jea perubahan positif yang sis rasai lepas makan produk n maklumat untuk sama-sama kita amal kehidupan makin sihat.

Nape nak kongsi kisah orang? kisah sendiri xmenarik ke?

Hehehehe..bukan xmenarik..tapi sis sendiri kagum dengan ramai orang terutamanya wanita yang sis temui, contoh bekas pesakit kanser, usahawan wanita n sebagainya.

Walaupun ada kisah itu pernah tersiar dalam akhbar Sinar Harian tapi ada yang xbaca, xbeli paper..hiii..klu xbeli cmne nak baca kan??hahahaha.

So dari duk berabuk dalam emel Gmail sis tu ada baiknya sis berkongsi dengan orang lain. Biar dapat jugak sikit kekuatan dan semangat hasil tumpang baca kisah orang. Betul x??

Kisah sis???

Hahaha..kisah sis pun akan ada jgk sis selit2 terutamanya nanti tentang percutian kt mana2 dengan incik somi.

Lagipun wujudnya blog ni kelak akan jadi kenangan manis di hari tua bila sis baca2 balik post yg lama2. Sebelum ni simpan kat otak jea. Tapi ni dah banyak plk lupa..hihihi...

Orait....

Sekian jumpa lagi yup.

Lots of luv,
Love sharing, love nature, love Shaklee..
 Love u all so much.

Sis Tiha.

Mekanik wanita buktikan kemampuan.(Inspirasi usahawan wanita).

Wanita Oh Wanita (wow).

Menukar Haluan.

Mekanik wanita buktikan kemampuan.

NURUL FATIHAH SULAINI.
SINAR HARIAN.

Wan sedang melakukan tugasan rutin di bengkel miliknya.

Profil.
Nama: Wan Mas Diana Mezlan.
Umur: 31 tahun.

Pendidikan: Sijil Kejuruteraan Mekanikal Plastik di Politeknik Sultan Abdul Halim, Jitra, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Automotif (tahap satu dan dua), sijil SKM Teknologi baikpulih dan mengecat kenderaan (tahap satu dan dua) Pusat Giat Mara, Jitra.(kini dikenali sebagai Giat Mara Prima Kubang Pasu).

Jawatan: Pemilik bengkel mengecat kenderaan, Perfect Harmony Enterprise, Alor Setar.

Bilangan adik-beradik: Anak sulung daripada lima beradik.

Asal: Alor Setar, Kedah.

--------------------------------------------------------------------------------------

Kebanyakan wanita lazimnya lebih tertarik kepada bidang kerja yang berketrampilan segak bergaya, berpakaian cantik mengikut fesyen terkini, bersolek, jarang sekali di antara mereka berminat menceburkan diri dalam bidang kerjaya dimonopoli lelaki apatah lagi perlu bergelumang dengan habuk dan cat untuk mencari kepuasan diri.

Bukan mudah untuk melibatkan diri dalam bidang yang jarang diterokai kalangan wanita lain, namun cabaran itulah yang menjadikan seorang beliawanis di sini, gigih berusaha bagi mencapai impiannya.

Pemilik bengkel mengecat kenderaan, Wan Mas Diana Mezlan, 31, kecenderungannya untuk memilih bidang berkenaan didorong oleh dirinya sendiri yang berminat mendalami dunia mencabar walaupun pada awalnya mendapat tentangan daripada keluarga.

Menurut anak sulung daripada lima beradik ini, walaupun lahir di tengah-tengah kelompok adik beradik perempuan hanya yang bongsu sahaja lelaki, namun itu semua tidak menjadi penghalang kepadanya untuk membuktikan golongan wanita juga mampu berdiri seiring dengan kaum lelaki menerokai bidang berkenaan.

Bagi dirinya di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.

Pernah cat basikal ketika kanak-kanak.

Pengalaman pertama terlibat dalam kerja-kerja mengecat ini bermula sejak dari zaman kanak-kanak. Maklumlah pada masa itu, kehidupan kami sekeluarga susah. Saya
teringin memiliki sebuah basikal yang cantik seperti rakan-rakan lain. Mahu bapa belikan basikal yang baru tidak mungkin kerana adik beradik ramai, jadi saya hanya minta bapa belikan cat untuk mengecat semula basikal lama.

Walaupun masih kecil dan tidak ada pendedahan awal dalam bidang ini tetapi saya sanggup mengecat sendiri basikal. Hasilnya memang tidak terlalu elok tetapi saya tetap berpuas hati kerana dapat menjadikan basikal lama saya nampak baru untuk berulang alik ke sekolah.

Tidak serasi bekerja makan gaji.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya menyambung pelajaran di Politeknik Sultan Abdul Halim, Jitra dalam bidang Sijil Kejuruteraan Mekanikal Plastik. Pada mulanya saya berhasrat  melanjutkan pengajian dalam bidang sama di peringkat diploma namun belum ada kursus diploma yang ditawarkan dalam bidang berkenaan kerana baru sahaja diperkenalkan pada masa itu.

Disebabkan itu saya terpaksa mengganggur hampir beberapa bulan. Jika diikutkan saya jenis tidak boleh duduk diam tambahan pula sejak dari kecil  jenis seorang yang suka berdikari mencari duit poket sendiri, sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban keluarga. Saya pernah bekerja mengambil upah membancuh air di dua kedai berbeza semata-mata mahu mendapat wang tambahan. Pagi bekerja di kedai lain sementara malam pula di tempat berbeza, termasuk berniaga burger.

Saya mula mencari kerja bersesuaian dengan kelulusan dalam bidang kejuruteraan. Berkat lama mencari akhirnya  diterima masuk bekerja di sebuah kilang bahagian stor serta turut menyelia juruteknik mengendalikan kilang. Pada mulanya seronok kerana kerjanya mencabar namun lama-kelamaan mula rasa diri tidak serasi bekerja makan gaji sebaliknya ingin bekerja sendiri.

Bagi merialisasikan impian itu, saya mencari jalan untuk menambah kemahiran diri. Pada mulanya memohon untuk mengikuti kursus sijil Automotif tahap satu di Pusat Giat Mara Kuala Kedah, namun permohonan awal saya tidak berjaya. Berbekalkan semangat yang membara, saya tidak berputus asa sebaliknya kembali memohon mengikuti kursus sama di Pusat Giat Mara Jitra sesi berikutnya.

Syukurlah permohonan saya diterima walaupun menjadi pelatih tunggal wanita pada sesi itu. Bagaimanapun menurut tenaga pengajar, sebelum ini pernah ada pelatih wanita lain yang pernah mengikuti kursus berkenaan disebabkan itu juga saya diberi peluang untuk berbuat demikian.
Mungkin pada tanggapan masyarakat mereka yang mengikuti kursus kemahiran di giat mara hanya kalangan mereka yang lemah dalam akademik, namun bagi saya itu tidak menjadi masalah kerana memasang niat masuk ke pusat latihan berkenaan untuk belajar bersungguh-sungguh menambah kemahiran lain.
Minat yang mendalam terhadap bidang enjin membuatkan saya memutuskan untuk menyambung sijil automotif ke tahap dua. Selepas menamatkan kursus, saya mula sedar kos untuk memulakan perniagaan dalam bidang automotif memerlukan modal yang tinggi kerana menggunakan peralatan serta teknologi moden. Justeru saya membuat keputusan untuk masuk semula giat mara dengan mengambil sijil teknologi baikpulih kenderaan dan mengecat kenderaan.
Tempoh masa tiga bulan menunggu untuk diterima masuk semula ke pusat berkenaan, saya turut diberi peluang mengikuti kursus jangka pendek pemanduan dan mendapatkan lesen memandu bas. Walaupun pada masa itu tidak ada keperluan namun sebagai persediaan untuk meluaskan rangkaian perniagaan pada masa depan.
Mula usahakan bengkel sendiri.

Sebelum membuka bengkel mengecat kereta, Perfect Harmony Enterprise pada awal tahun lalu, saya terlebih dahulu membuka bengkel melalui program inkubator dalam kawasan pusat Giat Mara Jitra pada 2009. Pendedahan awal itu memberi saya banyak maklumat berguna untuk digunapakai dalam mengendalikan perniagaan sendiri.
Semasa di bengkel lama, selain mengecat kereta saya pernah diberi kepercayaan untuk mengambil upah mengecat bas mara.

Hasrat awal ingin membuka bengkel mengecat kenderaan di Yan tidak kesampaian kerana gagal mendapatkan tempat yang sesuai, akhirnya saya memilih untuk menyewa bangunan kedai di kawasan jalan Gangsa, Alor Setar. Bermodalkan kira-kira RM50,000 hasil pinjaman dan simpanan peribadi segala kerja mengubahsuai serta melengkapkan peralatan bengkel berjalan dengan lancar.
Pada peringkat awal, bengkel saya dibantu oleh empat orang pekerja kebanyakannya lepasan pelatih giat mara. Namun boleh dikatakan hampir saban tahun pekerja datang bersilih ganti kerana ada antara mereka berhenti kerana mendapat kerja di tempat baru. Justeru buat sementara waktu saya menguruskan perniagaan secara sepenuhnya bermula dari kerja operasi, kerani, baikpulih dan cat kereta.
Saya tidak nafikan sebagai wanita memang tidak dapat lari daripada merasai sendiri tempias berkecimpung dalam perniagaan ini yang ratanya diusahakan golongan lelaki. Tetapi yakinlah rezeki Allah itu sentiasa ada. Mungkin kerana lokasi bengkel berhampiran jalan utama memudahkan orang ramai untuk menyedari kewujudan bengkel ini.
Biarpun ada kalangan masyarakat mempertikaikan kemampuan wanita melakukan kerja seperti ini, namun ada juga yang memberi sokongan padu kerana bagi mereka wanita lebih teliti dalam mengutamakan kualiti hasil kerja mengecat kenderaan dilaksanakan sebaik mungkin mengikut permintaan pelanggan. Syukurlah sepanjang menceburi bidang ini belum ada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan hasil kerja.
Bagi saya pelanggan dan kualiti kerja adalah perkara paling penting untuk memastikan perniagaan terus maju. Jika pelanggan minta perbetulkan atau tambah apa yang kurang saya lakukan mengikut kemampuan. Bekerja sendiri memang seronok kerana kepuasan lebih terasa. Namun tidak dinafikan kadang kala terpaksa berdepan dengan cabaran pelanggan lari daripada melunaskan bayaran sepatutnya.
Letak sasaran enam tahun kembangkan perniagaan.

Anak kepada pasangan Mezlan Mohd Noh, 56, dan Sharifah Nadra Syed Mohd Bakhir, 57, ini meletakkan sasaran enam tahun untuk kembangkan perniagaan ini termasuk memiliki sebuah bengkel milik sendiri dengan mempunyai halaman lebih luas untuk menempatkan lebih banyak kenderaan.
Dalam masa yang sama dia merancang untuk mengusahakan perkhidmatan bas persiaran sebagai pelaburan jangka masa depan. Keluarganya kini merestui dan menyokong sepenuhnya minat mendalamnya dalam dunia ini.

end/
Tips ceburi bidang perniagaan.

1. Mempunyai perancangan dan matlamat masa depan untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.
2. Sentiasa mementingkan kualiti hasil kerja yang dilaksanakan.
3. Percaya kepada kemampuan diri sendiri.
4. Rajin bertanya dan belajar benda baru untuk menambah kemahiran diri.
5. Bersedia mental dan fizikal untuk melakukan kerja yang turut dilakukan golongan lelaki.

Kental harungi cabaran, terjun ke dunia cendawan.(Inspirasi usahawan wanita)

Wanita Oh Wanita (wow).

Menukar Haluan.

Kental harungi cabaran, terjun ke dunia cendawan.

NURUL FATIHAH SULAINI.
SINAR HARIAN 
              Rohana menyusun cendawan di rumah simpanan cendawan.
Profil.

Nama: Rohana Shamsudin.

Umur: 47 tahun.

Pekerjaan: Pengusaha cendawan tiram kelabu, Mawar Merah Penanti Enterprise.

Anak: Tiga orang. (sulung berumur 23 tahun tamat Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan dalam perancangan menyambung pengajian ke peringkat sarjana, kedua berumur 19 tahun sedang mengikuti kursus perubatan dan ketiga masih di tingkatan empat).

Asal: Perak dan kini menetap di Kampung Petani, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cabaran gentir tempuhi bidang perniagaan.

“Yakinlah setiap ujian Allah ada hikmahNya. Kita sebagai hamba perlu berlapang dada kerana mungkin ada sesuatu yang tersirat di sebalik ujian itu  memberi pengajaran berguna kepada kita,” luah Rohana Shamsudin dengan nada tenang.

Kisah perjalanan hidup saya cukup panjang, mula terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan sejak usia muda, diuji dengan pelbagai cabaran termasuk saya dan suami Mohamad Zaki Ismail, 52, pernah ditipu membabitkan wang simpanan peribadi mencecah ratusan ribu ringgit.

Saya akui, jika imam di dada tidak kuat mungkin sudah hilang pertimbangan akal, atau mungkin juga tidak waras memikirkan wang yang disimpan sejak sekian lama hasil titik peluh berniaga lesap gara-gara ditipu ketika menguruskan jual beli kereta terpakai sekitar tahun 1997.

Kebetulan ketika ditipu saya masih dalam pantang melahirkan anak ketiga dengan keadaan diri masih lemah, saya pujuk suami duit hilang boleh dicari yang penting kami masih sihat untuk memulakan kembali hidup baru.

Saya nekad walau apa cara sekalipun, selagi bernyawa saya akan terus membantu suami untuk memulihkan kembali hidup kami. Memang tidak ada orang lain yang boleh tolong selain daripada Allah. Waktu susah baru kita kenal mana kawan dan mana lawan.

Selepas habis berpantang, saya kembali melakukan rutin harian menjual barangan seperti kain, pinggan mangkuk, karpet, barang kemas di beberapa kawasan Pulau Pinang serta Kedah dengan menawarkan jualan secara hutang kepada pelanggan.

Urusan perniagaan saya buat sendiri kerana suami bekerja tukang rumah secara sepenuh masa. Walaupun anak-anak masih kecil, saya akan bawa mereka sekali ke mana sahaja saya pergi berniaga.

Kerap kali dalam kereta, ketiga-tiga anak saya terpaksa duduk berhimpit di kerusi penumpang sebelah hadapan dan duduk bersila di lantai kereta. Manakala kasut mereka diletakkan di bawah kaki saya kerana bahagian belakang penuh dengan kain untuk jualan.

Saya juga sudah terbiasa berhenti sebentar di bawah pokok untuk menyusu anak-anak ketika keluar menghantar barang kepada pelanggan. Hingga ada pengguna jalan menawarkan pertolongan kerana menyangka kereta saya rosak.

Usahakan produk kerepek pisang.

Pada awal tahun 1998, saya mula berkecimpung dalam dunia pembuatan kerepek pisang secara kecil-kecilan untuk menambah produk jualan sedia ada. Tambahan pula pada masa itu tidak banyak saingan dan permintaan meningkat.

Walaupun tidak tahu membuatnya saya tidak malu untuk belajar daripada asas cara mengupas, menggoreng hingga mampu menghasilkan tiga jenis perasa kerepek pisang iaitu manis, masin dan pedas.

Bermula dari itu, permintaan terhadap kerepek pisang meningkat hingga mencecah satu tan setiap minggu dan saya mengupah tiga orang pekerja untuk membantu menjalankan kerja berkenaan.

Sepanjang tempoh itu, saya aktif mencari pasaran baru dengan meletakkan kerepek berkenaan di kedai, kantin sekolah, kantin kilang dan turut dihantar ke luar negara melalui jiran yang berada di sana.

Dalam gembira melihat pasaran kerepek keluaran sendiri makin berkembang, saya terpaksa akur untuk menghentikan penghasilan kerepek berkenaan setelah kekurangan bahan mentah daripada pembekal pisang apabila berlaku banjir besar antara tahun 2002 dan 2003.

Suami cetus idea ceburi tanaman cendawan.

Ketika perusahaan projek tanaman cendawan tiram kelabu hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat pada 2007, suami turut memberi cadangan kepada saya supaya turut mengambil peluang terlibat dalam industri tanaman berkenaan.

Berbekalkan semangat yang tinggi, kami segera menghubungi jabatan pertanian untuk mengikuti kursus pengenalan selama sehari sebelum mengusahakan projek itu di halaman belakang rumah kami.

Peringkat permulaan menceburi sesuatu bidang baru bukan satu benda mudah. Tambahan pula terpaksa berhadapan dengan pelbagai ragam manusia yang suka memberi pelbagai kritikan negatif hingga kadang kala boleh melemahkan semangat.

Tidak sampai setahun berada dalam bidang ini, saya juga mula berdepan cabaran utama untuk mendapatkan bekalan bongkah serbuk kayu. Menyedari situasi itu saya mengeluarkan modal simpanan sendiri untuk membeli peralatan memproses serbuk kayu sendiri.

Syukurlah lama-kelamaan, projek tanaman semakin berkembang dan ada permintaan terhadap cendawan segar, tepung cendawan, cendawan goreng. Jabatan pertanian pada 2009 dan 2011 turut memberi bantuan tambahan peralatan untuk melaksanakan projek.

Namun sekali lagi saya diuji apabila pada 2010 dan 2011 terpaksa menanggung kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit apabila hasil tanaman rosak ekoran cuaca tidak menentu dan benih yang dibeli turut rosak.

Memang saya akui timbul rasa kecewa, sedih tetapi atas dorongan dan sokongan berterusan daripada suami saya teruskan. Suami sanggup menanggung semua kerugian yang dialami kerana dia yakin saya boleh berjaya dalam bidang tani.

Sinar baru menerangi kehidupan mereka sekeluarga.

Berkat penat lelah tanpa mengenal erti jemu, Rohana kini mampu tersenyum setelah projek tanaman yang diusahakan sejak sekian lama terus berkembang pesat dan sering menerima ramai pelawat dari pelbagai agensi melawat lokasi penanamannya.

Pelaburan masa, tenaga dan wang ringgit kini semakin berbaloi apabila kini bukan hanya sekadar menjadi pembekal cendawan tiram kelabu kepada pasar dan restoran sekitar tetapi turut membekalkan bongkah serbuk kayu kepada pengusaha cendawan lain.

Pengalaman hidup turut mengajar anak-anak saya supaya lebih berdikari dan menghargai pengorbanan kedua ibu bapa. Anak sulung serta kedua memilih melanjutkan pengajian dalam bidang yang mereka minati.

Anak sulung memilih bidang arkitek mungkin kerana terbiasa dengan kerjaya ayahnya yang membina rumah manakala anak kedua yang kini mengikuti kursus perubatan pula menyimpan hasrat untuk melakukan penyelidikan lebih mendalam terhadap kegunaan tanaman cendawan.

Ingin kembangkan projek tanaman cendawan.

Buat masa sekarang saya masih belum bersedia untuk mengambil pinjaman mengembangkan projek tanaman walaupun pernah ditawarkan beberapa institusi kewangan kerana memberi tumpuan terhadap pembiayaan pengajian anak-anak.

Namun setelah mereka menamatkan pengajian kelak, saya ingin membina sebuah lagi rumah cendawan bagi membolehkan lebih banyak tanaman cendawan dapat dihasilkan dalam satu masa.

8 Tips berjaya dalam perniagaan.
1.      Semangat dalam diri yang kuat menempuh pelbagai halangan dan cabaran.

2.      Buat kajian secara terperinci mengenai sesuatu bidang yang ingin diceburi seperti perusahaan cendawan kerana kaedah penjagaan rumit.
3.      Menguasai bidang perniagaan diusahakan bagi menyakinkan pelanggan.
4.      Tidak mudah berputus asa dan mengalah dalam mengusahakan sesuatu perkara walaupun mendapat kritikan segelintir pihak.

5.      Sentiasa jujur, ikhlas dan niat melakukan kerja kerana Allah.

6.      Mencari pasaran baru untuk meluaskan rangkaian dengan tidak hanya menfokuskan pasaran sedia ada.

7.      Sokongan positif daripada ahli keluarga terdekat.

8.      Sedia belajar ilmu baru dengan bersungguh-sungguh dan tidak hanya sekadar berharap kepada nota yang diberi semasa kursus.