Thursday, May 29, 2014

Uji dua lelaki sebelum terima sebagai calon suami.

NURUL FATIHAH SULAINI
SINAR HARIAN

Pernah disiarkan dalam ruangan sembang santai Sis. (santai, inspirasi, sembang) Sinar Harian Utara.

Isu: Jodoh.

"Uji dua lelaki sebelum terima sebagai calon suami"

-------------------------------------------------------

Kiriman: Hamba Allah, Alor Setar, Kedah.

Tak kenal maka tak cinta. Sejujurnya walaupun saya bukanlah sudah lama mendirikan rumah tangga, namun bersyukur mahligai yang dibina  pada 2008 masih kukuh hingga kini. Tambahan pula ulang tahun kelima kami pada tahun ini disambut meriah seluruh Malaysia. Mana tidaknya,buat pertama kalinya tarikh istimewa itu jatuh pada hari Khamis bersamaan 08/08/2013 iaitu tarikh 1 Syawal 1434H.

Namun kami masih belum diberikan kesempatan bergelar ibu bapa. Tetapi itu tidak sesekali merenggangkan jarak antara kami. Rezeki, jodoh, ajal dan maut segalanya di tangan Tuhan. Jodoh? Ya dia jodoh saya dan sama sendiri tidak menyangka. Pengalaman saya sendiri sebelum bertemu suami pernah juga berkawan dengan beberapa lelaki lain yang mahu menjalinkan hubungan serius.

Secara jujurnya saya bukanlah jenis yang memilih rupa dan sebagainya. Bagi  saya lelaki yang bakal menjadi teman hidup perlu bersifat penyayang, hormat kedua ibu bapa,      sayangkan ahli keluarga dan mampu mengasihi serta mampu menjadi imam. Paling penting dapat menerima kelebihan dan kekurangan diri ini. Beberapa tapisan terhadap kenalan lelaki turut dilakukan untuk menguji sejauh mana keikhlasan mereka berkawan dengan saya.

Saya bukannya mahu dilabel sebagai 'playgirl' tetapi mahu mencari seorang suami yang akan menemani hingga akhir hayat usia. Daripada beberapa rakan lelaki itu akhirnya tinggal dua orang yang menjadi pilihan hati. Seorang berjawatan besar dan rupa paras tidak kurang hebatnya manakala seorang lagi sekadar pekerja biasa dengan sederhana sahaja orangnya.

Dari sehari ke sehari saya sentisa menduga mereka berdua. Antara mengambil pendekatan sendiri dengan mengajukan beberapa soalan yang sama kepada mereka berdua dan tentunya hasil jawapan akan berbeza. Soalan  pertama, "sekiranya berkahwin kelak, apakah anak atau isteri menjadi keutamaan?" Jawapan daripada lelaki pertama adalah anak pilihan utama dan akan dilebihkan dalam segala hal, contohnya baju raya jika anak empat lima pasang,maknya cukuplah sekadar sepasang sahaja.

Jawapan daripada lelaki kedua pula, anak mahupun ibunya sama pentingnya, tak ada ibu tak adalah anaknya, kalau ibu baju sepasang, anak-anak sepasang dua, ada bajet lebih tambahkan juga untuk ibu. Kalian sudah pasti dapat mengagak jawapan siapa paling relevan bukan. Seterusnya,saya berpura-pura sakit kerana  tahu mereka berada di luar kawasan jauh dari tempat tinggal saya. Saya menelefon mereka berdua dan memberitahu demam.

Ayat daripada lelaki pertama , "ala telan panadol cukupla ,lega la nanti" .Ayat lelaki kedua pula, "ya ka demam,nak saya bawa pi klinik ka? dah pegi klinik ka? apa-apa hal bagi
tahu cepat". Sekali lagi dapat anda andaikan bukan jawapan mana yang relevan.

Kali ketiga, saya bertanyakan soalan "sekiranya tak ada apa sangat dah untuk dimakan, duit pula tak mencukupi ketika itu, apa ikhtiar kamu". Jawapan lelaki pertama,"sebab itu kena kerja, dua-dua kena keja ,laki bini kena keja" .Jawapan mudah dan ringkas. Jawapan lelaki kedua "rezeki dimana-mana janji usaha, kalau terpaksa makan ikan kering pun syukur Alhamdulillah,orang lain ada yang tak makan  lagi teruk kan".

Setelah penilaian itu dibuat,dalam keadaan masih ragu-ragu, saya uji lagi. Kali ini  minta dibelikan lima pasang kasut dan beberapa helai kain pasang. Hanya lelaki kedua yang
membelikan. Diberinya saya sejumlah wang. Sebagai makluman saya bukanlah jenis materialistik dan saya memang ambil wang itu tetapi disimpan sahaja tidak digunakan. Dalam masa yang sama berdoa dipermudahkan serta diberi petunjuk siapakah antara mereka bakal jodoh saya.

Hinggalah ke satu tahap saya sudah buntu maka saya tawarkan kepada mereka berdua, sesiapa yang bersungguh-sungguh nak beristerikan saya perlu datang ke rumah selepas emak balik dari Mekah dengan syarat hadir seorang diri. Saya buat begini kerana sepanjang kami berkawan seorang pun belum pernah bertemu kedua orang tua saya. Bagaimanapun daripada mereka berdua hanya lelaki yang kedua hadir.

Dari situ saya merasakan bahawa lelaki kedua adalah pilihan terbaik yang membuktikan kasih sayangnya dan berusaha untuk mendapatkan saya. Kami pun mengikat tali pertunangan dan seterusnya berkahwin. Alhamdulillah setelah berkahwin suami membuktikan jawapan kepada soalan saya selama ini bukan sekadar omongan kosong semata-mata untuk meyakinkan saya.

Sewaktu saya dimasukkan ke hospital, dialah yang terlebih dahulu ambil tahu, kalau mahu makan berlaukkan ayam cukuplah dia sekadar ikan bilis,dia tidak cerewet langsung, malah dalam segala hal saya didahulukan. Walau dia bukan seromantis persis pelakon Hindustan saya tetap suka akan sifatnya yang bersahaja. Sehingga ke saat ini aura antara kami sentiasa kuat.

Percaya atau tidak, kadangkala saya kehabisan topup kad prabayar, ,hati kecil saya seolah-olah berharap dan berdoa agar suami menelefon dan belum sampai lima minit
dia akan menelefon. Subhanalllah betapa kuatnya naluri antara kami. Kebiasaannya itulah yang berlaku. Pernah juga saya baru mendail nombornya tiba-tiba ada panggilan masuk daripada suami. Subhanallah.

Kepada yang sedang dan masih bercinta dan masih lagi mencari-cari jawapan apakah si dia sesuai untuk anda, hanya anda yang mampu menjawab persoalan itu.Orang lain hanya mampu memberi bimbingan dan panduan.Percayalah.Yakin kepada gerak hati anda. Kata orang juga,kalau nak tahu seseorang itu jodoh kita atau tak melalui raut wajah. Contoh macam saya muka saya dan suami seakan-akan sama dan kalau kata adik-beradik pun orang percaya.

end/

2 comments:

  1. Assalamualaikum..sy nk tnya bbrp soalan dgn akk brkaitan ni. Bole x akk bg emai kt cni

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..sy nk tnya bbrp soalan dgn akk brkaitan ni. Bole x akk bg emai kt cni

    ReplyDelete