Sunday, October 11, 2015

Mudah bersalin, nikmat terindah..

Alhamdulilah,
Allahuakhbar,
Subahanallah..

#sis tempek pengalaman bersalin ni kat sini supaya bila hero cilik membesar dia tau bagaimana ummi dan babah dia bersama2 berjuang untuk melahirkannya.


Fateh di alam rahim


28/8/2015

-Petang hari sempat luangkan masa dengan babah dan keluarga mak su (siti) dan anak2 dia Syifa serta Aryan ke Pantai Gong Balai.

-Babah suruh ummi jalan byk2 sebab Fateh xmo kuar lagi dari perut ummi. Ikutkan tarikh dijangka bersalin adalah 24/8/2015. Ummi dan babah ambk cuti awal tapi xsangka Fateh suka duk dlm perut xmo kuar lagi time tu. Jadinya sepanjang tempoh tu kami berehat la puas2 kat rumah Nyang.
                          sempat lagi berposing..

40 minggu a.k.a 10 bulan

Bersama mak su dgn familynya Syifa n Aryan.

-Ummi xlarat nak jalan jauh2, babah 'paksa' jgk ummi jalan, pimpin tangan ummi, jalan sama2 atas pasir pantai sambil gelak2 sambil duk pujuk Fateh kuar cepat2.

-Sebelum balik sempat jgk beli roti arab dengan roti canai sebelah Masjid Gong Balai. Paling xdisangka2 Nyang plk yang suka sangat Roti Arab.

30/8/2015


-Tarikh keramat ummi kena menyerah diri ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.
-Awal pagi sempat basuh baju. Sambil tu perut lapar sempat makan nasi dulu siap2.
-Dalam berkira2 nak ke hospital dah mula turun tanda. Dalam hati yakin baby Fateh akan kuar hari ini. Tapi ummi duk berharap jgk kuar lewat sari sempat sambut Hari Kemerdekaan.

-Akhirnya sekitar jam 10 pagi..ummi dan babah berangkat ke hospital menaiki keta Myvi nasib bukan ambulans.
-Sampai2 sana parking xda babah terpaksa parking di tepi pantai Batu Buruk. Kemudian kami berjalan menuju wad bersalin.
-Di kaunter pendaftaran selesaikan segala urusan, cek jalan bukaan baru 2 cm....mula2 doktor nak masukkan ubat bentuk pil untuk paksa baby kuar tapi disebabkan baby dah berak dalam perut doktor tukar plan dan masukkan ubat bentuk air.
-Masuk dalam wad sekitar jam 2 petang..babah sempat jumpa ummi di wad.
-Ketika di wad cek jalan sekali lagi dengan doktor. Bimbang sebarang risiko boleh berlaku pada baby doktor arahkan ummi ditolak terus ke dewan bersalin.
-Sempat jugak makan tiga biji kurma dan minum sikit air zam2.

Dalam dewan bersalin
-Misi pelawa untuk panggil babah masuk temankan ummi.
-syukur sangat doa ummi supaya babah sempat temankan ummi sepanjang berjuang lahirkan Fateh dimakbulkan.
-Sebelum misi masukkan ubat..dia sempat pelawa untuk ambik ubat tahan sakit.dua kali pelawa baru ummi ambik bagi relex sikit berdepan konstraksi yang makin kerap.
-sakit bersalin buatkan badan ummi mengigil, mulut xberhenti berzikir, tangan genggam erat tangan babah sambil mata mengalirkan air mata menahan kesakitan.. Ummi sempat guna gas oksigen untuk redakan sikit rasa sakit.
-ubat mula dimasukkan tepat 4 petang dan dos ditambah berperingkat. Makin kerap dos, makin kerap konstraksi, kesakitan berganda.
-Nurse jangka ummi akan bersalin sekitar jam 7 malam.
-Namun kuasa Allah dan berkat doa suami....sepanjang menempuh kesakitan babah sempat tinggalkan ummi seketika untuk bersolat dan berdoa sepenuh hati supaya Allah mudahkan ummi cepat bersalin.
-Sewaktu sendirian melawan kesakitan, sorang nurse bertugas sempat urutkan pinggang ummi untuk legakan sikit rasa sakit.
-Sekitar jam 5 petang lebih sudah tiba masa ummi berjuang lahirkan Fateh..dalam keadaan mamai bercampur2 penat lawan kesakitan, ummi dikelilingi doktor dan misi,sesekali terdengar suara babah...masing2 minta ummi teran kuat2 konsisten supaya Fateh cepat2 keluar.
-Alhamdulillah tepat jam 5.49 petang terasa seperti kupu2 terbang bila Fateh keluar dari perut ummi diikuti dengan tali pusat.
-Tapi ummi kurang bernasib baik sikit apabila tiba2 uri lekat dan doktor terpaksa 'seluk' untuk keluarkan uri. Sepanjang proses berlangsung ummi xsedar kerana dibius. Sebaik tersedar rasa perit dan pedih kerana doktor masih belum selesai proses jahit..tiap kali jarum mencucuk badan tiap kali tu rasa pedih teramat.

-Selesai bersalin ummi ditahan sementara di dewan bersalin..waktu itu Fateh menangis kelaparan, misi ambil Fateh letakkan di sisi ummi..walaupun belum lihat wajah Fateh sepenuhnya ummi cekalkan hati menyusu badan walau madih kekok.

-Malam kira2 jam 11 lebih ummi dan Fateh ditolak ke dalam wad. Sewaktu dalam lif nurse sempat bagitau siaplah ummi..pukul 12 malam pun mata fateh bolat lagi..hihii..




Saturday, October 3, 2015

Majlis baby Fateh 3 dalam 1

 Majlis cukur jambul, tahnik dan akikah.

Syukur sangat Allah mudahkan rancangan sis dan asben untuk adakan majlis khas untuk fateh pada hari raya kedua Aidiladha, 25 September 2015, Jumaat iaitu hari ke 27 berpantang.

Semuanya berlaku secara spontan namun berkat pertolongan keluarga, rakan dan jiran majlis berjalan seperti dirancang. Kalau arapkan sis sorang memang xjalan la lagi2 tengah pantang.


Majlis cukur jambul, tahnik dan akikah.


Kenangan ketika majlis.



Baju melayu terlebih saiz.hihii..baju yg diorder xsampai terpaksa cari ganti last minit.



Alhamdulillah lengkaplah sudah family kecik sis :)


Ni sesi membotakkan kepala sehari selepas cukur jambul.


Hai macho x sayer :p


Waktu ke klinik cukup sebulan..berat 4.5 kg


On da way balik rumah Nyang.






Anugerah Ilahi..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setelah berhari2 hasrat nak berkongsi berita gembira tertangguh...arini gagahkan jugak diri ketuk cerita masa baby tengah lena ni. Kebetulan minggu ni last berpantang lepas tu merdeka :)

Syukur Ya Allah sis telah selamat melahirkan seorang hero yang sangat comel pada 30 Ogos 2015 tepat jam 5.49 petang di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu . Besday sis plk 5 Ogos 1985.

Putera kecik yang lahir dengan berat 3.22 kg ini diberi nama Muhamad Saif Al Fateh bermaksud 'pedang pertama'.

Sesuai dengan maksudnya sis harap buah hati sis ni akan jadi anak yang soleh , berani tegakkan kebenaran, pejuang Islam dan jadi abang long yang boleh melindungi ummi, bakal adik2, lindungi keluarga dan teman baik pada babah.


Hari kedua di wad 31 Ogos 2015..baby fateh nyenyak tido..

 
Muhamad Saif Al Fateh


Mata bulat tengok dunia :)

Sis dihantar ke wad malam selepas selamat bersalin. Ingat lagi waktu tu jam tepat 12 malam..baby fateh pun tak tido. Masa dalam lift ada sorang nurse cakap " bulat mata adik..siap la ibu dia berjaga malam lepas ni"...huhu..memang betul pun...

Bermula la episod berjaga malam n tak nyenyak tido jaga baby.

Next entry sis nak share pengalaman bersalin nanti bila fateh dah besar dia boleh baca kisah dia dilahirkan kat sini.

Sunday, June 7, 2015

Babymoon vacations at Penang part 1…

Assalamualaikum :)


Merentasi Jambatan Pulau Pinang


Haiii....

Entri kali ni pasal Babymoon..

Benda apa la kan babymoon tu..hiiii selalu familiar honeymoon ja kan..konsepnya lebih kurang sama..luang masa berduaan dengan orang tersayang. Cuma babymoon ni bertiga tapi baby dalam perut lagi..

Alhamdulillah masuk bulan yang ke 7 preggy ada gak peluang nak jalan2..hiiii sis memang suka sangat boleh jalan2 tapi biasa la masing2 pakat bizi.

Kali ni kebetulan percutian xdirancang pun. Mai Penang nak p ekspo kanak2 n baby kat Pisa.


Ni pintu masuk ekspo

Cari barang keperluan baby sikit kat sini. Ada member bagitau tahun kurang meriah sikit sebab x banyak booth. Tapi boleh la nak beli sikit2..

Lepas settle semua kami pun apa lagi Jalan2 cari makan plk kat Balik Pulau. Hubby nak jumpa member lama dia sama..

2 benda nak wajib dicuba bila ke sana
Durian 'Musang King' dan laksa paling famous ' Laksa Janggus. Alhamdulillah dpt dua2..


Tempat jual durian


Pilih jgn x pilih


sangat menggoda kan..hiii

Ni plk kedai laksa yang femes tu

Dari jauh dah nampak signboard kedai


Ni plk kaunter ambik makanan..bayar dulu yea

Lepas settle bab makan..kita ke part seterusnya...

Alang2 tu lajak mai check in kat Hotel Centrel Seaview Penang betul2 tepi pantai.

Saturday, May 23, 2015

Mak buyung action ^_^

Assalamualaikum...

Hii...

Selagi xberanak citer mak buyung ni xkan abes hiii..buat kenangan utk rujukan anak cucu akan datang...

Sekarang nak masuk 7 bulan..

Tup3…dah menghampiri Trimester 3…sekejap je masa berlalu xlama lg blh la cubit2 pipi si budak kecik ni...hiii

Smlm asgmt kt landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Alor Setar. Sambut ketibaan pesawat angkut barang milik tentera China n Thailand. Diaorg ada latihan bantuan kecemasan peringkat ASEAN libatkan 22 negara dkt Kedah n Perlis..@ Forum Serantau Latihan Bantuan Bencana ASEAN ( ARF DiREx 2015)

Gigih kan mak buyung tgh nk dekat sarat ni p cover story macam ni. Dah la dikelilingi ramai anggota tentera, pasukan penyelamat, Majlis Keselamatan Negara..feeling macam lokasi pengambaran citer perang2 pun ada gk rasanya..


Nampak x?? Kat belakang tu pesawat tentera milik  tentera negara China...pulun posing sakan...kuang3..walau perut da maju ke depan :)


Selpie plk dgn pesawat tentera milik tentera diraja Thailand.



Perut pesawat milik negara China :)



Thursday, May 14, 2015

Pengalaman indah lalui tempoh hamil.

Assalamualaikum

Hiiii.....

Yeaaa..finally makin mudah nak update status dengan gunakan tepon Samsung Note 3 Neo. Tq abang.. :)

Okk..nak citer sikit sekarang nak masuk 26 minggu preggy means 6 bulan setengah. Berat badan@ rupa bentuk badan xyah citer dah macam penguin rasanya...kui..xpa yang penting ummi n baby sihat.

Part paling best bila dapat rasa baby duk gerak3...ayoooo duk berenang ke duk buat gimnastik tu baby....hehehe.mesti dia boring duk sorang2 kat dalam tu..kuang3..xpa baby lagi 3  bulan lebih kita jumpa naa...

Apa pun trimester 2 ni best la dari trimester 1 sebab xda mabuk2, muntah cuma makan kena kontrol jugak jangan melantak sampai xhenggat doniaa.
 
Ni gambar 2 minggu lepas time balik rumah tok..hehehe kekonon mai lawat tapak sebab baru pasang menara kat situ.

Saturday, April 18, 2015

Preview Set Hamil Shaklee.

Assalamualaikum..hii dear :)

Morning...pagi ni terasa rajin plk jari nk menaip, semuanya gara2 nak berkongsi pengalaman dan perasaan mengandung anak sulung ni..hiii..

Sepanjang tempoh ni byk benda baru yg sis perlu belajar tentang persediaan nk sambut orang baru. Maklumlah xda pengalaman secara formal just dedulu tlg jaga adik kejap2 time kecik.

Opps lupa plk..skrg 19/04/2015(usia bby dlm tummy sudah menjangkau 22 minggu,5 bulan setengah)…sejak 2-3 minggu dah blh rasa bby duk gedik3 dlm perut terutamanya bila sis tgh@lps mkn. Kadang rasa nk gelak sorang2… tp kadang rasa geli2…xsangka dlm rahim ini ada budak kecik..hiii..sian dia boring xtau nk buat apa kt dlm sana.

Tempoh mengandung ni jugak sis cuba untuk bykkan amalan2 yg disarankan seperti rajin baca surah tertentu.

Masa trismester 1.
~sangat berjaga2, byk rest n tdo lps balik keja.
~amal mkn buah kurma ajwa (kurma nabi)
~amal surah Al~Hijr ayat 97,98,99 sekerap mungkin n usap kt perut. (surah ni sis jadikan wallpaper dkt tab senang nk rujuk n hafal)
(sangat berjaga2 sebab masih trauma dgn yg lalu).

Okey dari segi pemakanan.

Sis amalkan jugak pemakanan sunnah.
~Lepas subuh telan 2 sudu kecik jus delima jenama Guisan n 1 sudu madu.
(buah delima elok untuk otak bby n termasuk cantikkan kulit bby n mummy)
~1 biji kurma (ambk syarat seeloknya 7 biji),kismis tok guru (11@21 biji).
~kadang2 minum susu kambing.
~suka jugak mkn badam,kadang cerdik n gajus.

Okeh paling2 penting n best sis nak kongsi..pengalaman ambik SET HAMIL SHAKLEE.

Sis macam mummy2 yg lain cuba berikan yg terbaik untuk bby dlm kandungan ini ikut kemampuan kita la kan. Selain utk pastikan bby sihat nak jugak sentiasa aktif bertenaga walau berbadan dua ni.

Okeh pilihan sis SHAKLEE. Kenapa??sebab SHAKLEE ni vitamin semulajadi dan sangat disyorkan oleh ibu seluruh dunia baik masa hamil,bersalin,pantang,menyusu...pendek kata semua ada..

Dalam SET HAMIL@mengandung ni antara suplemennya .

1. VITALEA
2.. B KOMPLEX
3. VITAMIN C
4. OSTEMATRIX
5. OMEGA GUARD
6. ESP

Add on dgn PERFORMANCE DRINK.

SHAKLEE ni best sebab set ni bkn saja untuk ibu hamil saja,tp merangkumi penjagaan kesihatan dalaman secara menyeluruh. Nnt waktu pantang n menyusu teruskan saja dan tambah 1~2 item ja lg. Harga berbaloi dgn kualiti n tahan lama.

VITALEA.
~Sangat membantu untuk tingkatkan tenaga. Lagi 1 bab HB.Alhamdulillah sejak buka buku pink HB sis cantek 12.1@ kurang pun 11.9. Senyum ja bila dpt result tu.. Ibu yg HB rendah digalakkan ambk VITALEA ni...telan 1@2 biji sari.

B KOMPLEX.
~Mengandungi asid folic yg penting utk bentuk tulang belakang bby. Blh amal sejak dari merancang kehamilan lagi.
~Bonusnya blh kurangkan stress mummy preggy (org preggy xelok stress nnt bg kesan kt bby)…kena hepi2 sokmo :)
~tingkatkan selera makan..yup mmg bertingkek2 selera makan sis, maklumlah awal preggy dlu alahan agk teruk..asal mkn ja kuar balik..hiii.
~sebiji sari.

VITAMIN C
~Paling suka sbb klu xsempat mkn buah oren pun dah cukup kerana 1 biji vit c ni gnti 6@7 biji oren.
~kuatkan sistem imum badan..sepanjang preggy jarang demam n selsema.
~cantikkan kulit n pudarkan parut. Jerawat pun kurang singgah di muka..kui2…
~sebiji sari (tahan 6 bulan)

OSTEMATRIK.
~Ibu hamil sgt2 disaran minum susu kn??hiii..sis ni kdang ikut mood..kadang kena pksa minum..susu kambing la,susu lembu la nasib xminum susu org...hihiii....
~Oste ni bkn setakat bekal kalsium tp lebih dari tu.
~sangat membantu bila kejang otot,cramp kaki@simpul biawak,lenguh,bengkak kaki waktu hamil.
~telan ja 4 biji sebelum tido waktu malam.
~kalsium sgt penting untuk bentuk tulang,gigi bby..klu xcukup sure dia curik kslsium mummy...kui3…mummy xcukup sbb tu mudah kejang...tdo tu selimut sikit kaki@pkai stoking.

OMEGA GUARD.
~Minyak ikan ni amat penting untuk rangsang otak bby n juga otak mummynya..hiii..sis start makan sejak masuk 5 bulan.
~byk kebaikan omega ni untuk lahirkan anak yg bijak (inshaAllah).
~omega juga blh bakar lemak2 degil kt badan tau..hiii..
~sebijik sari.

ESP.
~Paling best..sis suka cmpur dua sudu besar ESP dgn susu kambing@lembu n tambah air sejuk..shake2 nyaman skali rasanya.
~Protein sgt penting untuk bina sel2, kulit n segalanya.
~Minum ESP ni berangan nk ank jd gebus n cantik..amin.....hiii
~kulit mummy jgk makin cerah n sihat..rambut kurang gugur.
~tanda2 xcntik kt perut sbb perut mkin mengembang jgk kurang
~bonusnya lps minum cnfrm cepat je kenyang lg2 tme kalut nk p ofis.

PERFORMANCE DRINK.
~untuk ibu yg sentiasa aktif..lg2 jenis kaki travel time preggy.
~waktu bulan posa campur je PERFORMANCE perisa oren ni dgn ESP waktu sahur.
~mummy preggy bkn saja mkin cergas tapi jugak aktif bergerak..silap2 kalah org xpreggy..hii..

Nak dapatkan produk SHAKLEE blh kontex@wassap sis :)

emel : etyha.sinar@gmail.com
wassap : 017-9557669

Wednesday, April 15, 2015

Tips kurangkan kejang otot@simpul biawak!!!!!

Hiiii dear.......

Sapa pernah alami cramp kaki@kejang otot@simpul biawak?????

Sis sejak2 trismester 2 ni ada la skali dua terkena..puncanya????kurang kalsium dalam badan, kurang minum susu..habis cmna kalsium utk mummy kurang nak kongsi plk dgn bby..ofcoz bby tpksa ambk jgk kalsium mummy dia utk tumbesaran....kuang3…

Ya..pernah skali tu kaki sis bhagian betis n tapak kaki tetiba mcm terkena renjatan letrik..ok..xsmpai seminit ok...tapii...kesan terasanya lebih setengah jam...

Akibat tidak tahan...ku godek3 pakcik google la jawabnya....heheee..

Tips2…

1. Berdiri tegak.... Jika cramp dekat betis kiri..pkai kaki sebelah lagi urut turun ke bawah..(boleh try)
2. Malam2 sapu sikit minyak panas kt tapak kaki n pakai stoking masa tido.
3. Pakai selimut(selimutkan kaki sama)untuk elak sejuk n mudah cramp.
4. Panaskan tungku moden n letakkan kat tempat yang cramp..

NAK MUDAHH?????

1. Tiap2 malam telan 4 biji OSTEMATRIX SHAKLEE...

~Kurangkan simptom PMS, kembung,kejang,bengkak air,kemurungan,sembelit.
~bantu kecutkan otot dan saraf.
~kekalkan tekanan darah normal.

OSTEMATRIX lebih dari kalsium.
~kalsium penting utk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Sementara magnesium perlu bagi  mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dgn cegah pembentukan kalsium dlm tisu lembut dan sendi. Kebanyakan orang, ambil terlalu banyak kalsium tapi tidak cukup dlm magnesium.

Kandungan OSTEMATRIX.
Kalsium (1,000g), Magnesium (400g), Vitamin D (400g), Boron,mangan,tembaga,zink.


Nak dapatkan OSTEMATRIX??
Boleh wassap sis ya :)
017-9557669