Saturday, October 3, 2015

Anugerah Ilahi..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setelah berhari2 hasrat nak berkongsi berita gembira tertangguh...arini gagahkan jugak diri ketuk cerita masa baby tengah lena ni. Kebetulan minggu ni last berpantang lepas tu merdeka :)

Syukur Ya Allah sis telah selamat melahirkan seorang hero yang sangat comel pada 30 Ogos 2015 tepat jam 5.49 petang di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu . Besday sis plk 5 Ogos 1985.

Putera kecik yang lahir dengan berat 3.22 kg ini diberi nama Muhamad Saif Al Fateh bermaksud 'pedang pertama'.

Sesuai dengan maksudnya sis harap buah hati sis ni akan jadi anak yang soleh , berani tegakkan kebenaran, pejuang Islam dan jadi abang long yang boleh melindungi ummi, bakal adik2, lindungi keluarga dan teman baik pada babah.


Hari kedua di wad 31 Ogos 2015..baby fateh nyenyak tido..

 
Muhamad Saif Al Fateh


Mata bulat tengok dunia :)

Sis dihantar ke wad malam selepas selamat bersalin. Ingat lagi waktu tu jam tepat 12 malam..baby fateh pun tak tido. Masa dalam lift ada sorang nurse cakap " bulat mata adik..siap la ibu dia berjaga malam lepas ni"...huhu..memang betul pun...

Bermula la episod berjaga malam n tak nyenyak tido jaga baby.

Next entry sis nak share pengalaman bersalin nanti bila fateh dah besar dia boleh baca kisah dia dilahirkan kat sini.

No comments:

Post a Comment