Friday, June 4, 2021

Alhamdulillah Baby PKP 2021😍

 Assalamualaikum....

Setahun sekali update status di blog😅 "rajin" betul nak menulis....

Sejak dunia dilanda Virus Covid-19 terutamanya Malaysia sejak Mac 2020 sampai sekarang Jun 2021 kes turun naik...tahun ni paling ketara jumlah kes setiap hari empat angka..semalam pun 7,000 lebih...

Tahun lepas paling tinggi pun ratusan kes saja sehari...

Disebabkan itu rakyat terpaksa hidup dalam normal baharu, bekerja dari rumah, anak terpaksa cuti sekolah dalam tempoh panjang, kelas online...

Moga CEPAT-CEPAT Covid ni lenyap dari muka bumi..Aaminnn🤲

Lupakan sekejap masalah negara....sis nak berkongsi khabar gembira😍 Alhamdulillah Oktober 2020 dapat tahu berita gembira akan bertambah ahli keluarga tahun 2021❤️

Syukur sekarang kandungan sis dah masuk 35 minggu..tinggal beberapa minggu lagi nak jumpa dengan buah hati tercinta peneman bang long anak soleh selepas bertahun menanti🥰

Ni kandungan sis yang ketiga...anak yang sulung anak syurga Muhammad meninggal waktu sis keguguran pada usianya 2 bulan setengah...Al Fatihah

Anak yang kedua anak soleh Muhamad Saif Al Fateh dah enam tahun umurnya..Alhamdulillah❤️

In Shaa Allah yang ketiga ni juga lelaki boleh jadi teman pada hero bujang sis tu nanti main bola🤭

Ikut perancangan berpantang nanti di rumah sendiri.

Pengalaman mengandung kali ini sedikit penat usia awal kehamilan, alahan mabuk cuma beberapa minggu pertama yang pasti selera makan tetap ON sentiasa😅 jenuh nak kurus balik lepas ni...

Jom layan sedikit gambar sis n family buat kenangan ke depan hari...❤️



















Alhamdulillah sempat jugak berbabymoon secara tak sengaja di Hotel Permai, Batu Buruk, Kuala Terengganu sebelum puasa Ramadan🥰

Kesnya hadiri satu majlis malam malam media di Hotel Primula, Batu Buruk, Kuala Terengganu..

In Shaa Allah nanti sis akan kerap berkongsi pengalaman bersalin dan berpantang baby baru😘

Moga Allah pelihara anak yang dikandung ini, selamat, sihat, cergas, anak soleh dan dipermudahkan urusan bersalin nanti..Aaminnn❤️

Hari ini 5 Jun 2021 jangkaan bersalin 7 Julai 2021...

Opss 10 Jun 2021 nanti hari lahir suami sis🤭🍓


Thursday, January 23, 2020

Alhamdulillah post pertama tahun 2020 😍

Assalamualaikum...

Dah bertahun-tahun Tak aktif di laman blog😅

Apa kata tahun Ni lebih rajin sikit😍

My hero bam bam pun dah masuk Sekolah PASTI untuk Pendidikan Pra sekolahnya genap umur Empat tahun Lima bulan..kejap jerr masa berlalu..

Sebelum Ni Dua tahun di taska..Sayang D Sayang

Sis Tiha pula lebih setahun sudah aktif berCoway..boleh follow ig sis cowaybynuruletyha☺️

Rezeki paling disyukuri....suami sis pun da dapat kerja di kampung...rasa bermimpi pun ada..hiiii bukan senang Tau nak dapat keja sektor Pembinaan di Kampung..

Rezeki kerja dalam kawasan kem TUDM Gong Kedak...

Hiiii...sis nak share sikit gambar terbaru kami sekeluarga😘










Wednesday, January 18, 2017

My hero dah 1 tahun 5 bulan

Khamis
19/01/2017

My hero Muhamad Saif Al Fateh dah makin membesar dengan jayanya. Tanggal 30/01/2017 ni nak masuk 1 tahun 5 bulan...kejap masa berlalu dengan sangat pantas.

Disebabkan sis dah jadi suri rumah sepenuh masa..jadinya segala perkembangan anak boleh tengok setiap hari...detik2 penting....

Dia mula meniarap, merangkak, bertatih, berjalan, berlari, tumbuh gigi semuanya Alhamdulillah sis x pernah miss...

Cuma sekarang masih menunggu dia mula bercakap pula...

Ni beberapa gambar masa dia dalam proses membesar


Kalau ikut banyak lagi...setakat hari ni belum sempat cuci..In shaa Allah sebelum umurnya genap 1 tahun enam bulan berhajat nak cuci buh dalam album dan buh dalam freme..


Ni pic terbaru Isnin 16/01/2017 di Mc Donalds, Gong Badak, Terengganu. Tempat fav kitaorang yang mesti singgah tiap kali balik dari rumah tok di Merchang, Marang ke Besut.


Ni pulak pic Sabtu 14/01/2017 di Pantai Bukit Keluang, Besut. Model kasut Kiki Lala gitu.....

Saturday, January 7, 2017

Review Susu Maaez rawat kulit bermasalah.

Assalamualaikum...

Selamat tahun baru 2017 semua!!!!

Hampir setahun menghilang...blog ni pun dah bersarang lama sangat x update apa2....anak pun dah makin membesar dah setahun lebih..
Jadinya tahun ni azam nak update blog lebih kerap..arap2 tercapai lah misi sis ni yea😅

Orait sis nak share dan review pasal SUSU MAAEZ...

Susu ni best tau boleh rawat kulit bermasalah seawal 5 hari...xkira kulit ada ekzema k, kulit gatal, kulit kering macam2 jenis kulit...

Ni nak citer bagaimana sis boleh tau pasal susu ni....begini sekitar November 2016...anak sis Saif Al Fateh ada masalah kulit...asyik tergaru2 dekat pergelangan lengan...kadang sampai berdarah bila waktu malam...puas bawak g klinik makan ubat, sapu krim x berapa berkesan.....


Keadaan lengan dia waktu ni...

Tetiba nampak founder SUSU MAAEZ ni Ainin Sofieya offer nak bagi trial susu ni untuk sapa2 yang ada kulit bermasalah di facebook..sis pun cuma nasib whatsApp staff dia...Alhamdulillah rezeki anak sis terpilih....

Sis pun mula consume susu ni seperti yang diminta....

2 kali sehari pagi dan malam....rasa susu ni best macam aiskrim vanilla kaw2 gitu...tapi anak xbiasa rasa gitu dia kurang sikit xberapa nak minum...jadinya sis tolong minum sebab anak masih menyusu badan campur2 dgn susu tepung....

Jadinya khasiat anak dapat sis pun tumpang sama.....


Selepas 5 hari alhamdulillah makin baik......doktor cakap anak sis ada ekzema kulit. Kulit
 sensitif kulit manja pantang kena gigit nyamuk confirm tinggal bekas..

Disebabkan rasa teruja dengan kebaikkan susu ni sis nak kongsi kebaikan SUSU MAAEZ

Kandungannya....
.
👉Sarang Burung Walit
👉Susu Kambing
👉Habbatus Sauda
👉Buah Tin
👉Kismis
👉Kurma
👉Delima
👉Biji Aprikot
👉Madu
👉Kolagen Laut
👉Tomato
👉Krimer
👉Zaitun
👉Menggunakan susu kambing iaitu susu yang terbaik didunia selepas susu ibu.


Kelebihan SUSU MAAEZ;
.
👉Meningkatkan kecerdasan minda, IQ dan EQ
👉Membantu mengatasi masalah kulit Ekzema, Panau serta gatal-gatal pada kulit
👉Mencerahkan, Melicinkan dan Menganjalkan kulit
👉Meremajakan dan Menghaluskan kulit yang kasar
👉Mengurangkan garis halus dan kedutan diwajah
👉Meningkatkan daya kepekaan penumpuan dan ingatan
👉Memberikan tenaga dan mengekalka kecergasan
👉Menguatkan rahim untuk persediaan kehamilan
👉Mencantikkan dan menghaluskan kulit ibu dan bayi
👉Memekatkan dan memperbanyakkan susu ibu
👉Membantu mengatasi masalah lemah tenaga batin
👉Mengurangkan masalah keguguran rambut

Ni pula antara testimoni...



Hokeyyy..sapa2 yang minat nak dapatkan susu ni boleh whatsApp sis tau di 016-6727658...atau follow ig susu_rawat_kulit_bermasalah...

Pek kombo

2 kotak SUSU MAAEZ

Setiap kotak ada 20 pek stik tau

Harga cuma RM130 termasuk postage SM dan RM140 SS





Sunday, October 11, 2015

Mudah bersalin, nikmat terindah..

Alhamdulilah,
Allahuakhbar,
Subahanallah..

#sis tempek pengalaman bersalin ni kat sini supaya bila hero cilik membesar dia tau bagaimana ummi dan babah dia bersama2 berjuang untuk melahirkannya.


Fateh di alam rahim


28/8/2015

-Petang hari sempat luangkan masa dengan babah dan keluarga mak su (siti) dan anak2 dia Syifa serta Aryan ke Pantai Gong Balai.

-Babah suruh ummi jalan byk2 sebab Fateh xmo kuar lagi dari perut ummi. Ikutkan tarikh dijangka bersalin adalah 24/8/2015. Ummi dan babah ambk cuti awal tapi xsangka Fateh suka duk dlm perut xmo kuar lagi time tu. Jadinya sepanjang tempoh tu kami berehat la puas2 kat rumah Nyang.
                          sempat lagi berposing..

40 minggu a.k.a 10 bulan

Bersama mak su dgn familynya Syifa n Aryan.

-Ummi xlarat nak jalan jauh2, babah 'paksa' jgk ummi jalan, pimpin tangan ummi, jalan sama2 atas pasir pantai sambil gelak2 sambil duk pujuk Fateh kuar cepat2.

-Sebelum balik sempat jgk beli roti arab dengan roti canai sebelah Masjid Gong Balai. Paling xdisangka2 Nyang plk yang suka sangat Roti Arab.

30/8/2015


-Tarikh keramat ummi kena menyerah diri ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.
-Awal pagi sempat basuh baju. Sambil tu perut lapar sempat makan nasi dulu siap2.
-Dalam berkira2 nak ke hospital dah mula turun tanda. Dalam hati yakin baby Fateh akan kuar hari ini. Tapi ummi duk berharap jgk kuar lewat sari sempat sambut Hari Kemerdekaan.

-Akhirnya sekitar jam 10 pagi..ummi dan babah berangkat ke hospital menaiki keta Myvi nasib bukan ambulans.
-Sampai2 sana parking xda babah terpaksa parking di tepi pantai Batu Buruk. Kemudian kami berjalan menuju wad bersalin.
-Di kaunter pendaftaran selesaikan segala urusan, cek jalan bukaan baru 2 cm....mula2 doktor nak masukkan ubat bentuk pil untuk paksa baby kuar tapi disebabkan baby dah berak dalam perut doktor tukar plan dan masukkan ubat bentuk air.
-Masuk dalam wad sekitar jam 2 petang..babah sempat jumpa ummi di wad.
-Ketika di wad cek jalan sekali lagi dengan doktor. Bimbang sebarang risiko boleh berlaku pada baby doktor arahkan ummi ditolak terus ke dewan bersalin.
-Sempat jugak makan tiga biji kurma dan minum sikit air zam2.

Dalam dewan bersalin
-Misi pelawa untuk panggil babah masuk temankan ummi.
-syukur sangat doa ummi supaya babah sempat temankan ummi sepanjang berjuang lahirkan Fateh dimakbulkan.
-Sebelum misi masukkan ubat..dia sempat pelawa untuk ambik ubat tahan sakit.dua kali pelawa baru ummi ambik bagi relex sikit berdepan konstraksi yang makin kerap.
-sakit bersalin buatkan badan ummi mengigil, mulut xberhenti berzikir, tangan genggam erat tangan babah sambil mata mengalirkan air mata menahan kesakitan.. Ummi sempat guna gas oksigen untuk redakan sikit rasa sakit.
-ubat mula dimasukkan tepat 4 petang dan dos ditambah berperingkat. Makin kerap dos, makin kerap konstraksi, kesakitan berganda.
-Nurse jangka ummi akan bersalin sekitar jam 7 malam.
-Namun kuasa Allah dan berkat doa suami....sepanjang menempuh kesakitan babah sempat tinggalkan ummi seketika untuk bersolat dan berdoa sepenuh hati supaya Allah mudahkan ummi cepat bersalin.
-Sewaktu sendirian melawan kesakitan, sorang nurse bertugas sempat urutkan pinggang ummi untuk legakan sikit rasa sakit.
-Sekitar jam 5 petang lebih sudah tiba masa ummi berjuang lahirkan Fateh..dalam keadaan mamai bercampur2 penat lawan kesakitan, ummi dikelilingi doktor dan misi,sesekali terdengar suara babah...masing2 minta ummi teran kuat2 konsisten supaya Fateh cepat2 keluar.
-Alhamdulillah tepat jam 5.49 petang terasa seperti kupu2 terbang bila Fateh keluar dari perut ummi diikuti dengan tali pusat.
-Tapi ummi kurang bernasib baik sikit apabila tiba2 uri lekat dan doktor terpaksa 'seluk' untuk keluarkan uri. Sepanjang proses berlangsung ummi xsedar kerana dibius. Sebaik tersedar rasa perit dan pedih kerana doktor masih belum selesai proses jahit..tiap kali jarum mencucuk badan tiap kali tu rasa pedih teramat.

-Selesai bersalin ummi ditahan sementara di dewan bersalin..waktu itu Fateh menangis kelaparan, misi ambil Fateh letakkan di sisi ummi..walaupun belum lihat wajah Fateh sepenuhnya ummi cekalkan hati menyusu badan walau madih kekok.

-Malam kira2 jam 11 lebih ummi dan Fateh ditolak ke dalam wad. Sewaktu dalam lif nurse sempat bagitau siaplah ummi..pukul 12 malam pun mata fateh bolat lagi..hihii..




Saturday, October 3, 2015

Majlis baby Fateh 3 dalam 1

 Majlis cukur jambul, tahnik dan akikah.

Syukur sangat Allah mudahkan rancangan sis dan asben untuk adakan majlis khas untuk fateh pada hari raya kedua Aidiladha, 25 September 2015, Jumaat iaitu hari ke 27 berpantang.

Semuanya berlaku secara spontan namun berkat pertolongan keluarga, rakan dan jiran majlis berjalan seperti dirancang. Kalau arapkan sis sorang memang xjalan la lagi2 tengah pantang.


Majlis cukur jambul, tahnik dan akikah.


Kenangan ketika majlis.



Baju melayu terlebih saiz.hihii..baju yg diorder xsampai terpaksa cari ganti last minit.



Alhamdulillah lengkaplah sudah family kecik sis :)


Ni sesi membotakkan kepala sehari selepas cukur jambul.


Hai macho x sayer :p


Waktu ke klinik cukup sebulan..berat 4.5 kg


On da way balik rumah Nyang.