Tuesday, May 27, 2014

Kental harungi cabaran, terjun ke dunia cendawan.(Inspirasi usahawan wanita)

Wanita Oh Wanita (wow).

Menukar Haluan.

Kental harungi cabaran, terjun ke dunia cendawan.

NURUL FATIHAH SULAINI.
SINAR HARIAN 
              Rohana menyusun cendawan di rumah simpanan cendawan.
Profil.

Nama: Rohana Shamsudin.

Umur: 47 tahun.

Pekerjaan: Pengusaha cendawan tiram kelabu, Mawar Merah Penanti Enterprise.

Anak: Tiga orang. (sulung berumur 23 tahun tamat Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan dalam perancangan menyambung pengajian ke peringkat sarjana, kedua berumur 19 tahun sedang mengikuti kursus perubatan dan ketiga masih di tingkatan empat).

Asal: Perak dan kini menetap di Kampung Petani, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cabaran gentir tempuhi bidang perniagaan.

“Yakinlah setiap ujian Allah ada hikmahNya. Kita sebagai hamba perlu berlapang dada kerana mungkin ada sesuatu yang tersirat di sebalik ujian itu  memberi pengajaran berguna kepada kita,” luah Rohana Shamsudin dengan nada tenang.

Kisah perjalanan hidup saya cukup panjang, mula terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan sejak usia muda, diuji dengan pelbagai cabaran termasuk saya dan suami Mohamad Zaki Ismail, 52, pernah ditipu membabitkan wang simpanan peribadi mencecah ratusan ribu ringgit.

Saya akui, jika imam di dada tidak kuat mungkin sudah hilang pertimbangan akal, atau mungkin juga tidak waras memikirkan wang yang disimpan sejak sekian lama hasil titik peluh berniaga lesap gara-gara ditipu ketika menguruskan jual beli kereta terpakai sekitar tahun 1997.

Kebetulan ketika ditipu saya masih dalam pantang melahirkan anak ketiga dengan keadaan diri masih lemah, saya pujuk suami duit hilang boleh dicari yang penting kami masih sihat untuk memulakan kembali hidup baru.

Saya nekad walau apa cara sekalipun, selagi bernyawa saya akan terus membantu suami untuk memulihkan kembali hidup kami. Memang tidak ada orang lain yang boleh tolong selain daripada Allah. Waktu susah baru kita kenal mana kawan dan mana lawan.

Selepas habis berpantang, saya kembali melakukan rutin harian menjual barangan seperti kain, pinggan mangkuk, karpet, barang kemas di beberapa kawasan Pulau Pinang serta Kedah dengan menawarkan jualan secara hutang kepada pelanggan.

Urusan perniagaan saya buat sendiri kerana suami bekerja tukang rumah secara sepenuh masa. Walaupun anak-anak masih kecil, saya akan bawa mereka sekali ke mana sahaja saya pergi berniaga.

Kerap kali dalam kereta, ketiga-tiga anak saya terpaksa duduk berhimpit di kerusi penumpang sebelah hadapan dan duduk bersila di lantai kereta. Manakala kasut mereka diletakkan di bawah kaki saya kerana bahagian belakang penuh dengan kain untuk jualan.

Saya juga sudah terbiasa berhenti sebentar di bawah pokok untuk menyusu anak-anak ketika keluar menghantar barang kepada pelanggan. Hingga ada pengguna jalan menawarkan pertolongan kerana menyangka kereta saya rosak.

Usahakan produk kerepek pisang.

Pada awal tahun 1998, saya mula berkecimpung dalam dunia pembuatan kerepek pisang secara kecil-kecilan untuk menambah produk jualan sedia ada. Tambahan pula pada masa itu tidak banyak saingan dan permintaan meningkat.

Walaupun tidak tahu membuatnya saya tidak malu untuk belajar daripada asas cara mengupas, menggoreng hingga mampu menghasilkan tiga jenis perasa kerepek pisang iaitu manis, masin dan pedas.

Bermula dari itu, permintaan terhadap kerepek pisang meningkat hingga mencecah satu tan setiap minggu dan saya mengupah tiga orang pekerja untuk membantu menjalankan kerja berkenaan.

Sepanjang tempoh itu, saya aktif mencari pasaran baru dengan meletakkan kerepek berkenaan di kedai, kantin sekolah, kantin kilang dan turut dihantar ke luar negara melalui jiran yang berada di sana.

Dalam gembira melihat pasaran kerepek keluaran sendiri makin berkembang, saya terpaksa akur untuk menghentikan penghasilan kerepek berkenaan setelah kekurangan bahan mentah daripada pembekal pisang apabila berlaku banjir besar antara tahun 2002 dan 2003.

Suami cetus idea ceburi tanaman cendawan.

Ketika perusahaan projek tanaman cendawan tiram kelabu hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat pada 2007, suami turut memberi cadangan kepada saya supaya turut mengambil peluang terlibat dalam industri tanaman berkenaan.

Berbekalkan semangat yang tinggi, kami segera menghubungi jabatan pertanian untuk mengikuti kursus pengenalan selama sehari sebelum mengusahakan projek itu di halaman belakang rumah kami.

Peringkat permulaan menceburi sesuatu bidang baru bukan satu benda mudah. Tambahan pula terpaksa berhadapan dengan pelbagai ragam manusia yang suka memberi pelbagai kritikan negatif hingga kadang kala boleh melemahkan semangat.

Tidak sampai setahun berada dalam bidang ini, saya juga mula berdepan cabaran utama untuk mendapatkan bekalan bongkah serbuk kayu. Menyedari situasi itu saya mengeluarkan modal simpanan sendiri untuk membeli peralatan memproses serbuk kayu sendiri.

Syukurlah lama-kelamaan, projek tanaman semakin berkembang dan ada permintaan terhadap cendawan segar, tepung cendawan, cendawan goreng. Jabatan pertanian pada 2009 dan 2011 turut memberi bantuan tambahan peralatan untuk melaksanakan projek.

Namun sekali lagi saya diuji apabila pada 2010 dan 2011 terpaksa menanggung kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit apabila hasil tanaman rosak ekoran cuaca tidak menentu dan benih yang dibeli turut rosak.

Memang saya akui timbul rasa kecewa, sedih tetapi atas dorongan dan sokongan berterusan daripada suami saya teruskan. Suami sanggup menanggung semua kerugian yang dialami kerana dia yakin saya boleh berjaya dalam bidang tani.

Sinar baru menerangi kehidupan mereka sekeluarga.

Berkat penat lelah tanpa mengenal erti jemu, Rohana kini mampu tersenyum setelah projek tanaman yang diusahakan sejak sekian lama terus berkembang pesat dan sering menerima ramai pelawat dari pelbagai agensi melawat lokasi penanamannya.

Pelaburan masa, tenaga dan wang ringgit kini semakin berbaloi apabila kini bukan hanya sekadar menjadi pembekal cendawan tiram kelabu kepada pasar dan restoran sekitar tetapi turut membekalkan bongkah serbuk kayu kepada pengusaha cendawan lain.

Pengalaman hidup turut mengajar anak-anak saya supaya lebih berdikari dan menghargai pengorbanan kedua ibu bapa. Anak sulung serta kedua memilih melanjutkan pengajian dalam bidang yang mereka minati.

Anak sulung memilih bidang arkitek mungkin kerana terbiasa dengan kerjaya ayahnya yang membina rumah manakala anak kedua yang kini mengikuti kursus perubatan pula menyimpan hasrat untuk melakukan penyelidikan lebih mendalam terhadap kegunaan tanaman cendawan.

Ingin kembangkan projek tanaman cendawan.

Buat masa sekarang saya masih belum bersedia untuk mengambil pinjaman mengembangkan projek tanaman walaupun pernah ditawarkan beberapa institusi kewangan kerana memberi tumpuan terhadap pembiayaan pengajian anak-anak.

Namun setelah mereka menamatkan pengajian kelak, saya ingin membina sebuah lagi rumah cendawan bagi membolehkan lebih banyak tanaman cendawan dapat dihasilkan dalam satu masa.

8 Tips berjaya dalam perniagaan.
1.      Semangat dalam diri yang kuat menempuh pelbagai halangan dan cabaran.

2.      Buat kajian secara terperinci mengenai sesuatu bidang yang ingin diceburi seperti perusahaan cendawan kerana kaedah penjagaan rumit.
3.      Menguasai bidang perniagaan diusahakan bagi menyakinkan pelanggan.
4.      Tidak mudah berputus asa dan mengalah dalam mengusahakan sesuatu perkara walaupun mendapat kritikan segelintir pihak.

5.      Sentiasa jujur, ikhlas dan niat melakukan kerja kerana Allah.

6.      Mencari pasaran baru untuk meluaskan rangkaian dengan tidak hanya menfokuskan pasaran sedia ada.

7.      Sokongan positif daripada ahli keluarga terdekat.

8.      Sedia belajar ilmu baru dengan bersungguh-sungguh dan tidak hanya sekadar berharap kepada nota yang diberi semasa kursus.


Puas hati ada butik sendiri. (Inspirasi).

SiS: Puas hati ada butik sendiri
RINGKAS dan kecil molek sahaja orangnya tapi siapa tahu, Rabiatul Adawiyah Mohd Saad, 25, adalah pemilik butik maya yang menjual rekaan eksklusif busana Muslimah secara online.

Menggunakan laman ‘facebook’ untuk berinteraksi, jenama Qamraa yang tercetus daripada idea ibu tersayang, Norida Baharum, 47, membawa maksud cahaya bulan dalam bahasa Arab kini mampu melebarkan sayap hingga ke Brunei dan Singapura.

Bermula ketika belajar di UiTM

Jika disusuri semula cerita penglibatannya dalam perniagaan busana dalam talian, isteri kepada Muhamad Aizat Jawari, 25, ini memberitahu, dia mula menjual pakaian rekaan sendiri ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, beberapa tahun lalu.

“Saya memang minat menjahit mungkin kerana dipengaruhi mama yang sama-sama berminat dalam dunia jahitan. Pada mulanya, saya reka dan jahit busana dan tudung ikut cita rasa sendiri untuk jualan talian secara kecil-kecilan.

“Maklum balas diterima amat menggalakkan, hasil rekaan yang ringkas dipadankan dengan warna lembut mengikut trend semasa menarik minat ramai golongan muda termasuk kalangan pelajar serta pekerja,” katanya yang mendirikan rumah tangga Jun lalu.


Akauntan hanya 8 bulan

Selepas tamat pengajiannya, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Matematik ini bersama suaminya yang turut memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Maklumat UiTM mengisi masa mengikuti kelas menjahit sebelum majlis konvokesyen.

“Saya hanya sempat menjadi akauntan di salah sebuah syarikat antarabangsa selama lapan bulan, manakala suami pula hanya sempat bergelar jurutera empat bulan sahaja sebelum kami tekad untuk berhenti kerja," katanya.


Modal awal perniagaan RM10,000

Walaupun keluarga berat hati pada mulanya untuk melepaskan anak mereka bekerja sendiri, akhirnya akur untuk menyumbangkan RM5,000 setiap keluarga bagi menambah modal meluaskan perniagaan busana itu.

“Syukurlah hasil penat lelah saya dan suami akhirnya berjaya membuka sebuah butik pada 17 Ogos lalu di Alor Setar. Kami bercadang menambah cawangan di Kuala Lumpur.

“Kami juga gembira kerana secara tidak langsung dapat membantu orang lain mendapat peluang kerja. Setakat ini kami mempunyai sembilan orang kakitangan dengan tiga daripadanya adalah ibu tunggal,” katanya.

Anak sumber kekuatan untuk terus hidup.(Kisah bekas pesakit kanser).

Wanita Oh Wanita (Wow)…..(Pulau Pinang).
Anak sumber kekuatan untuk terus hidup. 
NURUL FATIHAH SULAINI.
SINAR HARIAN 
25 OGOS 2013.


                                    Norina menyusun barang jualan.
Riak wajah ceria Norina Aziz, 49, yang lebih mesra disapa Kak Ina berubah muram saat teringatkan kembali detik mengejut apabila disahkan mengidap kanser payudara sekitar bulan September 2009.
Ibarat kata pepatah ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ bergenang air mata si ibu tunggal ini menceritakan semula keperitan hidup yang terpaksa ditempuhi seorang diri selepas kematian suami tercinta 14 tahun lalu.
“Dunia gelap gelita, saat itu hanya terpikirkan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian. Demi mereka saya kuatkan semangat kerana tidak mahu anak melalui pengalaman saya kematian ibu sewaktu masih kecil.
“Kehidupan kami sebelum ini bukan senang hanya bergantung kepada hasil pendapatan memasak di kantin. Namun sekurangnya sihat untuk bekerja tetapi semuanya berubah setelah saya jatuh sakit,” katanya yang berasal dari Bagan Dalam, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Kesan awal, rujuk ke hospital.
Pengalaman pahit ini bermula apabila dia mengesan wujud kelainan pada anggota badannya, apabila terasa ada ketulan kecil seakan-akan biji asing sewaktu ditekan di kawasan bahagian atas payudara sebelah kanannya.
“Bimbang berlaku sesuatu yang buruk saya segera mendapatkan pemeriksaan awal di klinik kesihatan berdekatan sebelum diminta untuk rujuk ke Hospital Seberang Jaya bagi pemeriksaan lanjut.
“Dalam tempoh sebulan lebih macam-macam ujian terpaksa ditempuhi untuk mengesan penyakit. Akhirnya doktor mengesahkan saya mengidap kanser payudara dan diminta menjalani pembedahan kecil.
“Waktu itu pelbagai perasaan berperang dalam diri sedih, bimbang, takut. Dalam kepala asyik teringatkan anak. Syukurlah kakitangan hospital termasuk badan sokongan pesakit kanser, jiran banyak memberi semangat untuk melawan penyakit,” katanya.
Pembedahan kali pertama berjalan seperti dirancang, namun setelah membuat rawatan susulan ternyata saki baki sel-sel kanser masih ada memaksa pembedahan kali kedua membuang keseluruhan payudara kanan terpaksa dilaksanakan pada Januari 2010.
Dugaan demi dugaan, kuatkan semangat untuk pulih.
Selepas selesai pembedahan kali kedua, dia menjalani pelbagai prosedur lain termasuk mencuci luka dan kemoterapi yang ditetapkan untuk memastikan betul-betul bebas daripada kanser berkenaan.
“Selalunya kemoterapi berjalan dalam tempoh enam bulan, namun saya berlangsung hingga setahun lebih berikutan tahap kesihatan diri tidak menentu dan apabila tidak sihat terpaksa menangguh sementara rawatan.
“Bukan mudah untuk menghadapi kesan sampingan sepanjang tempoh menjalani kemoterapi termasuklah rambut gugur, kawasan mulut menjadi kering, hilang selera makan tetapi saya tetap lawan supaya cepat sembuh,” katanya.
Penderitaan yang dialami turut mengajar anak-anaknya supaya berdikari menguruskan diri sendiri walaupun ketiga-tiga mereka adalah lelaki. Anak sulung kini melanjutkan pelajaran di politeknik, kedua di tingkatan lima sebuah sekolah teknik serta ketiga di tingkatan dua.
“Dalam tempoh berkenaan, mereka sendiri masak nasi, baju baju dan kemas rumah. Saya tidak larat untuk bergerak sebaliknya hanya terbaring sahaja. Jika mereka ke sekolah akan ada jiran menghantar makanan ke rumah.
“Walaupun hilang punca pendapatan, namun rezeki Allah tidak putus. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memberi bantuan bulanan RM300 untuk anak meneruskan persekolahan mereka,” katanya.
Mendung suram berarak pergi.
Ketabahannya mengharungi ujian berat semata-mata memikirkan masa depan anak-anak akhirnya terbayar apabila ditawarkan bekerja menjadi tukang jahit di bawah pengurusan Badan Sokongan Pesakit Kanser, Hospital Seberang Jaya pada pertengahan 2010.
“Saya terima tawaran itu walaupun tidak mempunyai sebarang asas dalam bidang jahitan sewaktu mula bekerja. Namun berkat tunjuk ajar kakitangan hospital saya mampu menjahit baju kurung, langsir, cadar, barangan kraftangan seperti beg kain, bekas pensil.
“Kehidupan kami sekeluarga kini semakin baik apabila memperoleh pendapatan hasil menjahit kira-kira RM1000 sebulan, saya mampu membeli sebuah motosikal untuk berulang-alik ke hospital serta menanggung keluarga,” katanya.
Biarpun masih bergantung kepada bekalan ubatan untuk tempoh lima tahun selepas pembedahan, dia mengakui hidupnya semakin ceria dan bersemangat untuk terus hidup.
Kisah hidupnya tidak terhenti setakat itu sebaliknya dia bersama beberapa rakan senasib Sharifah Maziam Syed Romly,46, dan Faridah Sheni Hussain, 67 seringkali berkongsi pengalaman yang ditempuhi mereka untuk menjadi pembakar semangat kepada pesakit baru melawan kanser.
Aktif sertai aktiviti badan sokongan pesakit kanser.
Penglibatannya dalam badan bukan kerajaan (NGO) badan sokongan pesakit kanser membuka ruang untuk membantu lebih ramai kalangan pesakit yang melalui nasib sama.
“Banyak aktiviti yang dianjurkan termasuk menjual pelbagai produk kraftangan, makanan, lawatan ke tempat menarik seperti Kelantan dan Pulau Langkawi. Aktiviti seperti ini menyeronokkan serta mengeratkan hubungan pesakit dengan kakitangan hospital.
“Melalui badan ini juga, bekas pesakit turut berpeluang memberi sokongan berterusan kepada pesakit baru melalui sesi kaunseling, bimbingan dari segi mengurusan emosi, pemakanan dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, dia turut menasihatkan golongan wanita di luar sana supaya segera mendapatkan rawatan awal dengan berjumpa doktor sebelum terlambat kerana kelewatan mendapatkan rawatan boleh mengancam nyawa.

Kanser bukan penamat kehidupan (Kisah bekas pesakit kanser).

Kanser bukan penamat kehidupan

Monday, May 26, 2014

Periksa Interaksi Sosial Si Manja Anda.

Sindrom asperger jejaskan interaksi sosial

Date: 3 November 2008

Ibu bapa harus peka jika anak mereka suka bersendirian dan terlalu obses dengan sesuatu

Si kecil anda bijak berkata-kata, tumbesarannya sempurna tetapi dia tidak pandai bergaul dan gemar membuat kerja yang sama berulang kali. Dia juga punya obsesi yang keterlaluan pada sesuatu. Misalnya, dia suka mengumpul batu. Pantang melihat batu, dia mesti mahu mengutipnya.

Pada anda, tiada salahnya dengan semua itu. Dia tidak perlu dirawat di hospital berbulan-bulan atau menjalani pembedahan. Anak anda sihat dan semua itu adalah sebahagian daripada proses pembesaran.

Anak anda memang sihat secara luaran tetapi dari segi dalamannya, dia mengalami gangguan neurobiologi dikenali sebagai sindrom asperger. Sindrom asperger bukan penyakit. Ia adalah gangguan dalam tumbesaran yang menjejaskan interaksi sosial.

Dalam dunia yang kebanyakan penghuninya sihat dan normal, penghidap sindrom asperger kerap kalinya tidak difahami hingga kadang kala membuat mereka tertekan dan murung.

Pakar Runding Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM), Dr Subash Kumar Raj, berkata ada banyak kes kanak-kanak sindrom asperger dianggap ganjil dan mengganggu tumpuan di dalam kelas.

Beliau berkata, mereka diasingkan hingga menyebabkan mereka tertekan dan murung kerana tidak difahami. Kegagalan guru dan rakan sekolah memahami mereka menambah lagi beban. Malah, beliau pernah berhadapan dengan remaja sindrom asperger yang cuba membunuh diri kerana tekanan.

"Selalunya kanak-kanak sindrom aspeger hanya dikesan waktu masuk sekolah, pada usia antara tujuh hingga sembilan tahun. Guru atau kawan-kawan melihat mereka sebagai pelik kerana suka bersendirian selain mengagumi sesuatu secara keterlaluan," katanya.

Dr Subash berkata, sindrom asperger cenderung dialami kanak-kanak lelaki dan termasuk satu daripada lima masalah dalam kumpulan gangguan tumbesaran dikenali sebagai 'pervasive developmental disorder' (PDD) yang dicirikan dengan kelewatan pembangunan fungsi asas sosial dan komunikasi.

Selain sindrom asperger, masalah lain dalam PDD adalah autism dan sindrom rett.

"Kanak-kanak yang berhadapan dengan sindrom asperger tiada masalah dari segi pertuturan tetapi bermasalah dari segi interaksi sosial dan tingkah laku. Misalnya kalau tinggal di pusat asuhan, dia tidak bergaul. Dia juga 'cakap lepas' kerana tidak tahu mengenai peraturan sosial," katanya.

Dr Subash berkata, jika bercakap kanak-kanak ini akan bercakap sama ada terlalu laju atau perlahan, intonasinya tidak betul, tiada hubungan mata (eye contact) dan tiada ekspresi wajah selain ada kalanya kelam kabut.

Semua simptom ini boleh terjadi dalam lingkungan paling sedikit hingga paling serius. Daya intelek mereka normal dan ada kalanya melebihi kanak-kanak normal. Ada kalanya kerana terlalu obses pada sesuatu perkara (misalnya seni lukis) mereka akan menjadi pelukis yang sangat hebat.

"Sindrom asperger selalunya ada sedikit kaitan dengan 'keturunan' (traits) autisme terutama dari segi kemahiran sosial yang lemah. Mereka cenderung melakukan rutin yang sama setiap hari. Apa yang membezakannya dengan kanak-kanak autisme adalah keupayaan mereka bercakap sama seperti kanak-kanak normal," katanya.

Beliau berkata, punca sebenar sindrom asperger tidak diketahui, namun ia cenderung berlaku dalam keluarga yang sama. Justeru, pakar perubatan percaya genetik memainkan peranan dalam soal ini.

Simptom sindrom asperger

# Jika berbual, asyik dia saja yang bercakap tanpa mempedulikan orang lain yang ingin bercakap.

# Jika bercakap, bahasa tubuhnya tidak kena, tiada hubungan mata dan tiada ekspresi wajah.

# Terlalu mengagumi sesuatu misalnya pisau, melihat air menitik, menghafal jadual perjalanan kereta api, mengingati nama jalan atau mengumpul batu.

# Ekspresi wajahnya keras, tidak memahami, tiada simpati dan tidak sensitif pada perasaan orang lain.

# Sukar menelah ekspresi atau mood orang lain dan sukar memahami jenaka atau usikan orang keliling.

# Bercakap dengan suara mendatar, laju atau perlahan dengan intonasi yang salah

# Kelam kabut

Rawatan
Sindrom asperger adalah masalah seumur hidup. Apa yang dilakukan adalah mengawal dan memberi terapi kepada kanak-kanak ini untuk berhadapan dengan dunia yang normal.

1) Komunikasi dan kemahiran sosial
Mereka perlu diberitahu secara terus terang mengenai peraturan sosial dalam komunikasi dan pergaulan. Untuk bercakap dengan betul, mereka perlu diajar ritma, teknik, hubungan mata dan nada yang sesuai untuk berjenaka, menyindir dan berbual biasa.

2) Terapi tingkah laku kognitif
Mereka juga diajar teknik mengawal tingkah laku, minat yang keterlaluan, mengawal kemarahan dan kerisauan. Selalunya terapi ini akan mengajar mereka mengenal situasi yang boleh mengundang masalah dan bagaimana mahu menanganinya.

3) Ubat
Tiada ubat khusus untuk sindrom asperger dan ia bergantung kepada doktor yang merawat kanak-kanak itu. ~ sumber. Mayoclinic.com

Info
Kekacauan sindrom asperger dinamakan sempena pakar kanak-kanak bangsa Vienna Hans Asperger yang mengenal pasti kewujudan pola tingkah laku pelik sekumpulan kanak-kanak lelaki pada 1940. Kanak-kanak itu memiliki daya intelek normal, memiliki keupayaan bertutur yang normal tetapi memiliki kekurangan kemahiran sosial.

Artikel ini pertama kali disiarkan dalam halaman www.bharian.com.my.

Sunday, May 4, 2014

TipS jiMat, baJet ChanTek..^_^

Assalamualaikum..

Wahhh....lama sangat kot xupdate blog kecik ni!!!!

Asyik bz jea manjang :)…bizi urus keje kahwin,bizi jln. Pejam celik pejam celik dah dua bulan lebih jadi milik orang..^_^

Nanti ada masa sis tiha kongsi kisah suka duka hari bahagia dan percutian kami di Sabah.

Hari ni nak kongsi satu tips sebenarnya...

Tips bajet bagi orang nak chantekk..hiii..Pasaipa bajet??sebab 1 produk tapi boleh buat macam2…Yess i likee :)

Tadaaaa......!!!!!!! Ni dia ESP Shaklee (Serbuk protein soya terpilih)

~ESP ni boleh lapik perut time kita skip bfast..minum jea ESP plus jus buah rasa kenyang sampai tengahari.
~gebu n cantikkan kulit.

serbuk ESP+Cinch pon sedap..rasa coklat lemak2.





Shake..goncang2....sedap2


 Opss!!! bukan nak cerita pasal minum ESP tapi cara nak buat masker ESP.

Gini...beberapa malam lepas duk melayan sedih2 citer Khabi Khushi Khabi Gham dalam kul satu pagi lebih, tetiba rasa mata macam payah jea nak lelap.

Soooo.......tiNGGGG.....terkeluar lor satu idea..

PROJEK MASKER ESP JAM 2 PAGI...

Hohoho..xpasal dah jadi macam hantu bungkus plk....putih semacam..
SEBABNYER..terasa muka cam kusam sikit kena sunburn p berjemur kat Pulau Sapi dan Pulau Manukan, Sabah..

So bila bermasker..hilang sikit kesan sunburn dan kusam...bagi muka nampak bersinar cerah jeakk :)






Bahan2nyer..


dan campurkan..

 dan tempek2 kat muka.

Biar kering dan cuci..rasa sangat fresh dan kulit muka lembut jea..

HARGA PASARAN ESP RM150.

Nak jimat 10-20% beli barang Shaklee????

Senang jea..jom join jadi ahli...

xmahal pun RM65 saja dan tambah RM10 untuk hantar kit permulaan.
~join Shaklee dapat potongan harga poduk.
~dapat jana pendapatan (bonus tunai hokeyy..masuk terus dalam bank setiap 15 hb).
~peluang bercuti.
~peluang dapat bonus kereta.
~bebas hutang.

Xyah pikir panjang.
~xpandai buat biz???jangan risau ada ketua yang akan bimbing.
~Kelas online jea.

Sis Tiha suka Shaklee sebab produknyer semulajadi, sekali beli tahan berbulan2, banyak jenis vitamin yang best2 untuk pelbagai fungsi kesihatan.

~Sebelum kenal Shaklee, kulit muka sis kusam, sering naik jerawat batu, parut xyah cakap lorrr....
Sekarang Alhamdullilah kulit muka makin sihat, makin cerah dan parut makin pudar ^_^

Nak dapat info lanjut???

Jom pm sis@wassap 0179557669.

Lots of love,
Luv Sharing, luv Nature, Luv Shaklee.
Pengedar bebas Shaklee.